Monchi Sahkan Francesco Totti Bersara Akhir Musim Ini, Bakal Jadi Pengarah Roma

Pengarah sukan baru AS Roma, Monchi membuat kenyataan rasmi bahawa Francesco Totti bersara pada akhir musim ini.

Beliau juga berkata, Francesco Totti boleh memikirkan langkah seterusnya dalam karier beliau iaitu untuk menjadi Pengarah di AS Roma.

Pemain lagenda AS Roma ini sudah berusia 40 tahun pada musim ini dan dijangka akan bermain dalam perlawanan terakhir menentang Genoa di Stadium Olimpico pada 28 May akan datang.

Dalam kenyataan media rasmi, Monchi berkata:

“Untuk nama seperti Totti, saya difahamkan yang kelab dan beliau sudah ada perjanjian khas. Perjanjian itu menyatakan, beliau (Totti) akan bermain musim terakhir di AS Roma musim ini.”

“Selepas ini beliau boleh menjadi Pengarah As Roma.”

Totti musim lalu dihadiahkan 1 tahun lagi kontrak lanjutan selepas Luciano Spaletti mahu berjuang bersama Totti untuk memenangi Serie A musim ini.

Ia juga akan signifikan untuk Totti mengakhiri karier 25 tahun beliau di AS Roma. Pada awal musim ini, Roma menjadi pasukan pencabar sebenar.

Namun selepas beberapa keputusan kurang memberangsangkan pada pertengahan musim, Serie A kini hanya menunggu masa untuk Juventus diumumkan sebagai juara sekali lagi.

Monchi sangat menghormati Totti yang dianggap beliau sebaga Mr. Roma. Monchi berkata kepada wartawan:

“Francesco adalah Roma. Kalau boleh, saya mahu bekerjasama rapat dengan beliau. Saya akan berbesar hati untuk belajar daripada beliau walaupun 1% sekalipun.”

Seorang lagi bintang lagenda Roma, Daniele De Rossi juga dalam tahun akhir kontrak. Namun Monchi yakin pemain itu akan memilih untuk kekal di Roma.

PESCARA, ITALY – APRIL 24: New AS Roma sporting Director Monchi meets and Radja Nainggolan and Daniele De Rossi before the Serie A match between Pescara Calcio and AS Roma at Adriatico Stadium on April 24, 2017 in Pescara, Italy. (Photo by Luciano Rossi/AS Roma via Getty Images)

Monchi juga menyatakan Roma sudah pastinya akan menawarkan kontrak baru untuk pemain itu.

“Keinginan untuk bekerjasama daripada pihak kelab dan Rossi adalah sama kuat.”

“Kami (AS Roma dan De Rossi) mahu terus bersama. Pihak kelab tidak perlu terburu-buru dan harus memberikan kontrak terbaik untuk pemain seperti beliau.”

“Beliau adalah pemain yang luar biasa dan kami akan cuba mencapai objektif kerjasama ini.”

Monchi juga memberitahu mereka sudah memulakan pencarian pemain berkualiti untuk diserap masuk ke dalam pasukan musim hadapan.

Baca juga: Memahami Konsep Dan Kepentingan Transisi Dalam Taktikal Bola Sepak

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN