Monaco Tolak Bidaan PSG Untuk Fabinho Dan Mana-Mana Pemain Mereka

AS Monaco telah menolak bidaan dari PSG untuk mendapatkan Fabinho. Nilai bidaan yang diletakkan PSG adalah £42 juta.

Monaco menyatakan mereka enggan menjual mana-mana pemain mereka ke PSG walaupun kelab tersebut datang dengan tawaran lebih baik selepas ini.

Monaco menjadi sasaran untuk membeli-belah oleh kelab besar di Eropah selepas aksi cemerlang pemain-pemain mereka musim lalu. Bernardo Silva antara pemain yang telah dilepaskan.

Bakayoko dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea. Manakala Kylian Mbappe telah dikaitkan dengan hampir dengan semua kelab besar di Eropah.

Fabinho juga berada dalam radar Manchester United. Sebelum ini, media di England melaporkan Manchester United tewas kepada PSG di dalam persaingan untuk mendapatkan Fabinho.

Fabinho cemerlang membantu Monaco untuk menjuarai Ligue 1 musim lalu serta membantu kelab tersebut mara ke separuh akhir UCL.

Mourinho berminat dengan pemain ini yang boleh bermain sebagai pemain tengah pertahanan dan bek kanan. Namun buat masa ini, tiada bidaan rasmi yang dibuat oleh Manchester United ke atas pemain ini.

Selain Fabinho, Manchester United juga dalam usaha untuk membawa masuk Nemanja Matic ke Old Trafford.

AS Monaco melaungkan amaran kepada seteru domestik mereka terutama sekali PSG yang mereka tidak akan menjual pemain mereka kepada mereka.

Ini kerana tindakan tersebut akan semata-mata menguatkan seteru mereka dalam persaingan domestik terutama sekali Ligue 1.

PSG terdesak untuk mendapatkan pemain-pemain berkualiti untuk memperbaiki prestasi mereka pada musim hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN