Mohd Faizal Muhamad Tampil Bantu Golongan Asnaf

Faizal Muhamad

Anggota skuad juara Piala AFF Suzuki 2010, Mohd Faizal Muhamad yang kini sudah mengumumkan persaraannya daripada kancah bola sepak profesional mengambil pendekatan murni ‘rezeki dikongsi bersama’ apabila beliau tampil untuk membantu insan memerlukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Menurut laporan BH Online, bekas pemain berusia 31 tahun itu telah meringankan beban beberapa keluarga di Kampung Sentul Patah, Marang.

Meskipun sudah tidak lagi bergelar pemain profesional, langkah diambil Mohd Faizal itu sedikit sebanyak dapat mengukirkan senyuman buat insan-insan yang kurang bernasib baik di luar sana.

“Hati saya tersentuh apabila dapat tahu ada sebahagian penduduk di Kampung Sentul Patah, Marang yang terkesan dengan pelaksanaan PKP ini dalam misi kerajaan memutuskan rantaian pandemik Covid-19.”

“Berikutan itu saya mengagah diri dan berusaha sekadar termampu untuk membantu mereka yang memerlukan sumbangan bagi meneruskan kelangsungan hidup, saya juga sedih kerana ada antara mereka terpaksa mencatu makanan kerana tidak dapat meneruskan kerja seperti biasa,” ujar Mohd Faizal kepada BH Online.

Dalam pada itu, Faizal yang kali terakhir beraksi dalam saingan Liga Super 2019 turut berazam untuk terus membantu kepada yang memerlukan di kawasan setempatnya.

“Pada hari ini sebanyak RM3,500 diperuntukkan kepada 35 penerima yang terdiri daripada golongan asnaf termasuk orang tua, anak yatim, ibu tunggal dan mereka yang memerlukan sumbangan kerana tidak dapat meneruskan kerja seperti biasa, mereka diberikan keperluan harian termasuk beras.”

“Insya-Allah selepas ini saya akan berusaha lagi untuk membantu mereka yang memerlukan,” ujar Faizal Muhamad lagi.

Faizal terpaksa menggantung butnya pada usia 30 tahun selepas beliau mengalami kecatatan kekal pada mata kanan beliau berikutan kemalangan jalan raya di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) yang dialami ketika dalam perjalanan pulang ke Terengganu sebaik sahaja tamat perlawanan Liga Super 2019 bertemu Perak pada Mei tahun lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN