Mohamed Salah Tandatangani Kontrak Lanjutan Bersama Liverpool

Salah

Selepas mengecapi musim yang membanggakan pada tahun pertamanya bersama Liverpool, Mohamed Salah telah memeterai kontrak lanjutan bagi memberikan kepastian terhadap masa depannya di Anfield.

Salah direkrut dari AS Roma menunjukkan aksi luar biasa yang sekaligus menjadikannya sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris apabila menjaringkan 32 gol, berkelebihan dua gol berbanding pencabar utama, Harry Kane.

Pencapaiannya mendapat pengiktirafan selepas memenangi dua gelaran utama iaitu PFA Player of the Year dan Football Writer’s Player of the Year.

Menurut sumber Sky Sports, kontrak jangka masa panjang telah dimeterai Salah dan Liverpool bagi menamatkan segala spekulasi mengenai minat kelab lain terhadap bintang Mesir ini.

Bagaimanapun, tempoh kontrak tersebut tidak didedahkan.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp ternyata gembira dengan perkembangan terbaru itu.

”Saya merasakan berita ini memberikan gambaran sebagai ganjaran kepada seseorang dengan apa yang telah dipersembahannya serta memberikan sumbangan begitu hebat buat pasukan pada musim lalu.”

”Ia menunjukkan dua perkara yang sangat jelas juga, keyakinannya terhadap Liverpool dan kepercayaan kami kepadanya.”

”Kami mahukan bakat bertaraf dunia melihatkan yang mereka mempunyai tempat di Liverpool. Mereka boleh untuk memenuhi impian dan cita-cita profesional mereka.”

”Kami bekerja keras bersama-sama untuk mencapai perkara ini.”

Mohamed Salah berjaya menghasilkan 44 gol dalam 52 penampilan bersama Liverpool serta membantu kelab Merseyside tersebut layak ke perlawanan akhir LIga Juara-Juara Eropah bertemu Real Madrid.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN