Liverpool sedang menyiapkan pasukan untuk final terbesar mereka musim ini. Namun perkara yang menarik perhatian adalah isu berpuasa melibatkan 3 pemain beragama Islam dalam pasukan Liverpool.
Emre Can mungkin boleh terlibat dalam perlawanan tersebut jika beliau dapat kembali pulih dalam masa terdekat.
Manakala Sadio Mane dan Mohamed Salah telah menjadi pemain penting Liverpool, sudah pastilah mereka akan terlibat jika tiada masalah kecederaan.
Tarikh perlawanan akhir tersebut adalah pada bulan ramadan. Jadi, ianya detik yang mencabar untuk 3 pemain ini untuk berpuasa dengan latihan intensif.
Namun bagi pemain yang beragama Islam, mereka sudah disediakan dengan pelan diet yang berubah jika mereka berpuasa.
Ada sesetengah pemain terpaksa tiak berpuasa, atas alasan ia mungkin membawa mudarat kerana latihan yang berat dan permainan bola sepak yang memerlukan mereka banyak berlari.
Ada juga yang terpaksa tidak berpuasa kerana kondisi kesihatan yang tidak mengizinkan atas nasihat doktor.
Sebelum ini Sadio Mane memberitahu Daily Mail:
“Agama adalah perkara yang sangat penting bagi saya. Saya taat kepada perintah dan tuntutan agama Islam. Saya sentiasa solat 5 waktu sehari.”
Mohamed Salah pula pernah berkongsi yang bulan ramadan sangat mencabar bagi beliau terutama sekali ketika latihan dalam keadaan panas. Beliau pernah merasai puasa di England sebelum ini ketika di Chelsea.
“Bulan ramadan agak sukar untuk saya kerana ada 2 sesi latihan setiap hari. Cuaca panas dan saya bermain setiap perlawanan.”
“Saya tak boleh minum air sehingga 9.30 malam. Apabila anda berlatih setiap hari, tenaga abda akan merudum setiap saat pada setiap sesi. Tetapi puasa ini sangat bermakna bagi saya dan saya sangat gembira untuk menunaikannya.”
Namun Alberto Moreno sudah menawarkan dirinya untuk membantu Mohamed Salah makan bahagian makanan beliau pada waktu dia berpuasa.
“Saya rasa Salah akan berlatih hanya 20% pada bulan puasa kerana dia risau akan cedera. Pada bulan ramadan, saya tolong dia makan, itu sahajalah yang saya dapat bantu dia.”