Mohamed Salah Kecewa Tak Dapat Tunaikan Solat Aidilfitri Kerana Sikap Tidak Profesional Sesetengah Pihak

Salah

Mohamed Salah kembali ke kampungnya di Mesir untuk meraikan Hari Raya seperti kebiasaan.

Namun Mohamed Salah kecewa dengan sikap beberapa media dan wartawan di Mesir yang berkampung di hadapan rumah beliau – sehingga mengganggu privasi Salah dan keluarganya.

Apa yang membuatkan Mohamed Salah bengang adalah, sikap tidak profesional para wartawan ini telah membuatkan beliau tidak dapat keluar rumah untuk menunaikan solat Aidilfitri di masjid.

Mohamed Salah sendiri kehairanan dengan para wartawan, adakah mereka tidak pergi menyambut Hari Raya dan pergi menunaikan solat pada pagi Raya?

Mohamed Salah merasakan bahawa pada Hari Raya sepatutnya setiap orang diberikan ruang untuk menikmati Hari Raya.

“Saya tidak dapat keluar rumah untuk menunaikan solat Aidilfitri kerana sikap beberapa wartawan dan segelintir orang.”

Mohamed Salah menganggap tindakan itu bukan lagi kerana mereka ‘sayangkan’ beliau. Tetapi lebih kepada sikap tidak profesional.

Tahun lalu, alamat rumah Mohamed Salah telah dibocorkan oleh media tanpa kebenaran beliau dan membuatkan ramai menyerbu rumah beliau.

Namun Mohamed Salah tetap melayan para peminat yang datang ke rumahnya dengan menandatangani autograf dan bergambar.

Cuma kali ini, Mo Salah agak terkilan kerana keadaan menjadi agak teruk sehingga beliau tak dapat keluar rumah untuk menunaikan solat Aidilfitri.

Tahun lalu, Daily Mail melaporkan bahawa, Mohamed Salah antara pemain yang sentiasa balik ke kampung apabila ada kesempatan bagi menyantuni dan bermesra dengan masyarakat di sana.

Bagi pemain yang bermain di Eropah seperti beliau, memang tak banyak masa untuk beliau berbuat demikian. Namun beliau akan cuba ‘mencuri’ kesempatan.

Beliau juga dikatakan sentiasa memberikan hadiah kepada kanak-kanak di kampung beliau pada bulan ramadan.

Beliau menjadi idola ramai kanak-kanak dan juga menjadi hero Mesir yang membantu negaranya ke Piala Dunia.

Mohamed Salah meminta semua pihak lebih profesional dan menghormati privasi beliau sebagai manusia biasa yang mahu menunaikan ibadat seperti Muslim yang lain pada Hari Raya.

Wartawan yang berkampung lebih kepada motif mahu menjual cerita dan melanggar privasi. Mereka mahu menemuramah Mohamed Salah selepas pemain itu menjuarai UCL bersama Liverpool. Namun keadaan dan masa adalah tidak sesuai.

“Ini tiada kaitan dengan sayang, tetapi lebih kepada tidak menghormati [privasi] orang lain serta tidak profesional.”

Mohamed Salah menjadi antara manusia paling popular dunia. Pada 2019, beliau menjadi 100 orang paling berpengaruh di dunia menurut Times.

Beberapa hari lalu, IPL melaporkan sejak menyertai Liverpool, Mohamed Salah telah membantu mengurangkan Islamofobia dan jenayah berunsurkan kebencian di England.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN