Mohamed Salah Kecewa Liverpool Tak Pergi UCL

Pemain Liverpool, Mohamed Salah mengakui yang dirinya begitu kecewa kerana gagal untul beraksi dalam kancah UEFA Champions League (UCL) musim depan.

Semua ini berlaku selepas Liverpool gagal beraksi cemerlang musim ini dan ia membuatkan The Reds terpaksa beraksi dalam kejohanan Eropah kelas kedua itu sahaja.

Nasib mereka juga telah pun ditentukan selepas Manchester United membenam Chelsea semalam.

United yang hanya perlukan satu mata sahaja, mendapatkan tiga mata selepas ‘memukul’ Chelsea dengan jaringan 4-1 di Old Trafford.

Menulis di laman media sosialnya, Salah jelas kecewa dengan apa yang terjadi.

“Saya amat kecewa. Memang tak ada alasan untuk ini [gagal ke UCL]. Kami ada segalanya untuk layak UCL musim hadapan tapi kami gagal.

”Kami adalah Liverpool dan untuk layak ke kejohanan ini adalah syarat minimum. Kami buatkan anda kecewa dan diri kami kecewa,” kata Salah.

Ini adalah kali pertama Liverpool kembali ke saingan Europa League selepas tujuh musim dan nyata banyak perkara yang perlu dilakukan oleh Jurgen Klopp untuk memastikan skuadnya kembali ampuh.

Salah jelas kecewa dan mungkin apa yang disiarkan pemain itu boleh menjadi petanda yang beliau mahu tinggalkan Liverpool tetapi kelab itu pasti berkeras untuk tidak membenarkannya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN