Rakaman Jadi Tular, Mohamed Salah ‘Kantoi’ Guna Telefon Ketika Memandu

Salah

Satu kesalahan yang berat telah dilakukan oleh Mohamed Salah.

Beliau mungkin tidak melakukan sebarang kesalahan ketika beraksi untuk Liverpool tempoh hari, namun beliau dengan ketara telah melakukan kesalahan ketika berada di jalan raya.

Menurut laman Goal, satu rakaman telah menjadi tular di media sosial menyaksikan Salah menggunakan telefon ketika memandu.

Kejadian itu berlaku selepas pemain itu membantu Liverpool menewaskan West Ham United 4-0 dalam perlawanan pembukaan Premier League mereka di Anfield.

Perbuatan beliau itu telah disedari oleh orang ramai, dan mereka telah mengerumuni kereta yang dipandu Salah ketika itu.

Namun mereka tidak dihiraukan oleh Salah dengan beliau terus memandu kereta miliknya selepas kesesakan di situ mula reda.

Liverpool telah mengambil tindakan dengan merujuk perbuatan Salah itu kepada pihak Mersyeside Police.

Tindakan itu disahkan sendiri oleh pihak berkuasa tempatan tersebut.

“Kami telah dimaklumkan dengan satu rakaman yang dipercayai seorang pemain bola sepak menggunakan telefon ketika memandu.”

“Perkara ini telah pun dibawa ke bahagian yang sepatutnya. Terima kasih kerana memberitahu kami.”

Dalam masa yang sama, pihak Liverpool sendiri mengambil keputusan untuk tidak memberikan kenyataan umum mengenai perkara ini.

Hal ini kerana, mereka mahu menyelesaikan isu ini secara tertutup terlebih dahulu.

“Kami telah bercakap dengan pemain berkenaan dan akan menguruskan hal-hal susulan selepas ini.”

“Kelab dan pemain tidak akan melakukan sebarang komen buat masa ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN