Quantcast

BERITA

Mohamed Salah Bakal Bersaing Dengan Ronaldo Dan Messi Rebut Anugerah Penyerang Terbaik

Bintang Liverpool Mohamed Salah menyertai Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi dalam senarai pendek UEFA untuk penyerang terbaik yang beraksi di Liga Juara-Juara musim lalu, umum badan induk bola sepak Eropah itu.

Ronaldo, yang memenangi anugerah itu tahun lalu, mendahului senarai penjaring dengan 15 gol dalam kejohanan itu ketika membantu Real Madrid menjulang trofi Eropah buat kali ketiga berturut-turut.

Manakala Salah membawa Liverpool ke final dengan 10 gol dan empat umpanan, manakala tonggak Barcelona, Messi meledak enam gol.

Bintang Mesir itu melalui musim yang hebat bersama Liverpool musim lepas apabila meledak 44 gol termasuk 32 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris sehingga dinobatkan sebagai penjaring terbanyak.

Messi dan rakannya membawa Barcelona menyingkirkan As Roma ketika di peringkat suku akhir dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah. Pencapaian cemerlangnya itu telah melayakkan beliau dicalonkan untuk anugerah penyerang terbaik.

Gandingan Real Toni Kroos dan Luka Modric akan bersaing dengan Kevin De Bruyne dari Manchester City untuk anugerah pemain tengah terbaik.

Persembahan pemain baharu Liverpool Alisson untuk AS Roma membolehkannya mengisi senarai pendek penjaga gol.

Dia akan bersaing dengan penjaga gol Real Madrid dari Costa Rica Keylor Navas dan legenda Itali Gianluigi Buffon yang melengkapkan perpindahan ke Paris Saint-Germain dari Juventus bulan lalu.

Pemenang-pemenang akan diumumkan ketika undian peringkat kumpulan Liga Juara-Juara 2018-19 di Monaco pada 30 Ogos ini.

Calon-calon dipilih oleh juri yang terdiri daripada jurulatih-jurulatih 32 kelab yang menyertai Liga Juara-Juara musim lalu dan 55 wartawan yang dipilih oleh kumpulan European Sports Media.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!