Quantcast

BERITA

Mohamadou Sumareh: Tiada Masalah Pulang Beraya, Kampung Saya Dekat Sahaja

Skuad kebangsaan akan melalui dua aksi pusingan 1 kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Timor Leste pada 7 dan 11 Jun depan. Dan kali ini ia akan berlangsung ketika sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri iaitu pada hari raya ketiga dan ketujuh.

Semua pemain telah melapor diri sejak Isnin lalu dan kini sedang giat melakukan persiapan menjelang sepak mula kelayakan Piala Dunia dan juga aksi pemanas badan menentang Nepal pada esok.

Untuk tahun ini, umat Islam dijangka akan menyambut hari raya pada Rabu jadi dengan penyertaan pemain-pemain ke kem skuad kebangsaan kali ini pastinya disertai dengan suasana perayaan. Dan dikhabarkan mereka hanya diberikan cuti satu hari.

Bagi pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh, dia juga akan mengambil peluang cuti itu untuk pulang ke kampung dan turut meluahkan rasa simpati buat rakan-rakan yang akan pulang jauh untuk beraya sementara kampungnya pula tidaklah jauh.

“Kampung saya tidaklah jauh mana. Ianya di Subang Jaya, hanya 20 minit daripada hotel penginapan kami di sini,” ujar pemain sayap Pahang ini dalam nada bergurau kepada The Star.

“Saya simpati dengan rakan-rakan yang akan pulang jauh untuk beraya,” tambah pemain kelahiran Gambia ini lagi.

Sumareh, Azam Azih, Safawi Rasid

FOTO: FAM

Menurut pemain berusia 24 tahun itu lagi, barisan kejurulatihan negara telah menitipkan pesanan penting kepada pemain-pemain untuk menjaga pemakanan dan diet pada cuti hari raya nanti. Namun, bagi Sumareh, dia tiada masalah untuk mengikutinya.

“Saya biasanya tidak makan berlebihan. Saya selalu kekalkan diet saya. Tetapi memandangkan ianya hari raya, jadi tiada masalah untuk ‘cheat day‘ satu hari,” seloroh Sumareh lagi.

Mengulas mengenai pemilihan pemain untuk skuad kali ini, Sumareh jelas sangat gembira dengan penyertaan ramai pemain-pemain muda yang tampaknya telah menguasai senarai 25 pemain yang dipanggil oleh pengendali, Tan Cheng Hoe.

11 pemain dalam kem Harimau Malaya kali ini merupakan pemain skuad B-23 negara dan turut disertai sebilangan bekas pemain skuad B-23 yang kini berumur 24 dan 25 tahun. Hanya 3 pemain berumur 30 tahun ke atas berada dalam skuad kali ini.

“Ini adalah skuad terbaik yang pernah dikumpulkan. Sebagai contoh di posisi saya, terdapat 3 lagi pemain yang bersaing dan mampu berada dalam kesebelasan utama,” jelasnya yang akan terlepas aksi menentang Nepal akibat penggantungan.

Kredit featured image: FAM

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!