Modric Dedahkan Pelan Taktikal Utama Zidane Untuk Menewaskan Juventus.

Luka Modric berkongsi pelan taktikal utama Real Madrid yang membantu mereka menewaskan Juventus dalam perlawanan akhir UCL 2016/17.

Dalam perlawanan tersebut, Modric turut beroperasi sebagai pemain sayap dalam sistem Zidane. Modric menyumbang 1 bantuan gol dalam perlawanan ini.

Modric memberitahu, Zinedine Zidane sudah mengesan kelemahan pertahanan Juventus dalam analisis beliau sebelum perlawanan akhir ini. Luka Modric berkata kepada HTV:

“Zinedine Zidane berjaya mengesan kelemahan pertahanan Juventus. Dan kami berlatih banyak untuk memanipulasi kelemahan itu.”

“Pertahanan Juventus sangat hebat untuk berhadapan dengan hantaran tinggi. Tetapi mereka sangat lemah dalam menangani hantaran 1-2 dan hantaran silang rendah.”

“Sepanjang minggu kami berlatih untuk melakukan hantaran 1-2 serta hantaran silang yang rendah. Dan 3 gol kami adalah dibina menerusi cara tersebut.”

“Kami sangat berterima kasih kepada jurulatih (Zidane) yang berjaya mengesan kelemahan itu dan memberikan maklumat terperinci tentang hal tersebut.”

“Itulah yang telah menjadi kunci utama dalam taktikal kami di perlawanan akhir.”

Real Madrid akan cuba mengelak untuk melakukan hantaran tinggi ketika berada di kawasan sayap. Ini kerana ia seperti sia-sia.

Dalam analisis taktikal kami tempoh hari, kami juga mendedahkan formasi 4-2-2-2 yang banyak beroperasi di half-space untuk 2 pemain sayap mereka beroperasi.

Rupanya ia untuk memudahkan lagi hantaran lintang rendah ke dalam kawasan gol.

Baca: Analisis Taktikal: Pertukaran Ke Pivot Kembar Punca Kemenangan Real Madrid

Gol pertama Ronaldo adalah hasil pertukaran hantaran dengan Carvajal. Carvajal menghantar bola rendah untuk disempurnakan Ronaldo.

Gol ke-3 Cristiano Ronaldo hasil daripada hantaran silang paras lutut oleh Modric yang hampir kehilangan imbangan badan.

Gol ke-4 Real Madrid juga menerusi hantaran lintang yang rendah daripada Marcelo kepada Asensio.

Satu perkongsian yang menarik daripada Modric. Taktik!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN