Modric Sindir Pique – “Kau Datang Sebab Nak ‘Complain’ Ke?”

Luka Modric sempat berselisih Gerard Pique selepas tamat perlawanan El Clasico membabitkan kedua-dua pasukan pada hujung minggu lalu, walaupun pemain pertahanan Barcelona itu sekadar berada di tempat duduk penonton sepanjang perjalanan.

Tamat perlawanan, Modric menyedari Pique turun ke kawasan teknikal dan padang untuk bertemu rakan sepasukan Barcelona yang lain – dan menjangkakan bek tengah itu akan melakukan lebih daripada sekadar menyapa rakan sepasukan yang lain.

Barcelona tewas pertemuan yang dianggap perseteruan terbesar di dalam bola sepak Sepanyol pada hujung minggu lalu, apabila ditundukkan 2-1 oleh Real Madrid.

Melihat Pique sedang menuju ke padang, Modric kemudiannya berkata:

“Anda sedang menunggu untuk buat complain kepada pegadil ke?

“Jadi, hanya empat minit [masa tambahan…,” jawab Pique.

“Berapa banyak minit lagi anda mahu?” respon Modric dengan sinis.

Perlawanan membabitkan Real Madrid dan Barcelona tidak pernah lari dari kontroversi melibatkan keputuan pengadil. Perlawanan pada hujung minggu lalu tidak terkecuali.

Antara insiden yang berlaku selain daripada jumlah masa tambahan yang pendek diberikan pengadil ialah insiden mellibatkan Martin Braithwaite yang dikasari pada babak akhir perlawanan. Real Madrid turut mempunyai penalti yang dinafikan melibatkan Vinicius Junior pada babak awal perlawanan.

“Saya tidak berpendapat pengadil mempunyai isu,” ujar Zidane selepas perlawanan.

Mengenai masa tambahan Jesus Gil Manzano memberikan dua minit untuk pertukaran pemain dan tiga minit selepas beliau mempunyai masalah dengan alat pendengaran.

Akhbar Marca bagaimanapun percaya tidak ada penjelasan yang akan diterima oleh Pique atau pun oleh Ronald Koeman, yang terdesak menjadikan pengadil sebagai kambing hitam.

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola). 

 

Baca juga artikel kami yang lain mengenai El Clasico:

La Liga Bukan Hanya Berkisar Tentang El Clasico

Satu-Satunya Pemain Real Madrid Yang Disanjung Penyokong Barcelona

Four Unexpected Barça Goal Scorers vs Real Madrid

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN