Modric Menang Anugerah Bola Emas, Kane Menang Kasut Emas

Seperti yang satu dunia sudah maklum, Perancis sah menjadi Juara Dunia 2018. Perhatian juga ke arah anugerah individu.

Bola emas – Luka Modric (Croatia)

Luka Modric jelas menjadi pemain yang berada dalam kelas tersendiri dalam Piala Dunia kali ini.

Beliau yang juga kapten Croatia telah menjadi nadi penting dalam membawa negaranya menempa sejarah gemilang mara ke final Piala Dunia buat julung kalinya.

Kasut emas – Harry Kane (England)

Harry Kane menjadi pemain England kedua selepas Lineker (1986) memenangi kasut emas Piala Dunia.

Kapten England ini membantu negaranya menamatkan saingan di tangga ke-4. Beliau menjaringkan 6 gol.

Sarung tangan emas – Courtois (Belgium)

KALININGRAD, RUSSIA – JUNE 28: Thibaut Courtois (1) of Belgium in action during 2018 FIFA World Cup Russia Group G match between England and Belgium at the Kaliningrad stadium, Kaliningrad, Russia on June, 28, 2018. (Photo by Alex Romanov/Anadolu Agency/Getty Images)

Penjaga gol Chelsea ini menjadi pemain kedua dari Belgium memenangi anugerah ini selepas Michel Preude’homme.

Beliau tidak bolos 2 dalam peringkat kumpulan. Dan hanya melepaskan 4 gol dalam kalah mati.

Courtois telah membantu Belgium menamatkan aksi saingan di kedudukan tertinggi yang pernah negara mereka capai dalam Piala Dunia iaitu di tempat ke-3.

Courtois terus menjadi buruan kelab besar yang lain dalam pasaran perpindahan pemain.

Pemain muda terbaik – Mbappe (Perancis)

SAINT PETERSBURG, RUSSIA – JULY 10: Kylian Mbappe of France challenge for the ball with Moussa Dembele of Belgium during the 2018 FIFA World Cup Russia Semi Final match between Belgium and France at Saint Petersburg Stadium on July 10, 2018 in Saint Petersburg, Russia. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Pada usia 19 tahun beliau berjaya bermain di final dan menjaringkan gol di final.

Mbappe memiliki kelajuan dan kekuatan fizikal yang menjadi mimpi ngeri pertahanan dalam kejohanan kali ini.

Antara aksi terbaik beliau adalah ketika menentang Argentina di mana beliau menjaringkan 2 gol.

Maka tak hairanlah PSG sanggup membelanjakan beratus juta untuk mendapatkan beliau.

Anugerah fair play – Sepanyol

MOSCOW, RUSSIA – JULY 01: Spain players reacts in the penalty shoot out during the 2018 FIFA World Cup Russia Round of 16 match between Spain and Russia at Luzhniki Stadium on July 1, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Ian MacNicol/Getty Images)p

Pasukan Sepanyol berjaya memenangi anugerah khas Fair Play oleh FIFA. Sepanyol gagal meneruskan kemaraan selepas tewas dalam penentuan penalti kepada Rusia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN