Mo Salah Berpendapat Impian Ke Piala Dunia Sudah Berakhir

Selepas terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan ketika Liverpool tewas kepada Real Madrid dalam perlawanan akhir UEFA Champions League pada bulan lalu, perkara yang paling dirisaukan oleh Mohamed Salah ialah tidak dapat beraksi bersama Mesir di Piala Dunia.

Penyerang sayap Liverpool dan Mesir itu bersuara buat pertama kali sejak insiden pertembungan dengan pemain pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos akhirnya menyebabkan kecederaan kepada Salah.

KIEV, UKRAINE – MAY 26: Mohamed Salah of Liverpool goes down during the UEFA Champions League Final between Real Madrid and Liverpool at NSC Olimpiyskiy Stadium on May 26, 2018 in Kiev, Ukraine. (Photo by David Ramos/Getty Images)

“Untuk melupakan aksi di Piala Dunia, ia akan menjadi detik paling buruk di dalam karier diri saya,” ujar penyerang sayap tersebut kepada Marca.

Mesir melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia hanya buat kali ketiga dalam sejarah bola sepak negara tersebut.

Dan apa yang difikirkan Salah selepas mengalami kecederaan tersebut ialah untuk berlumba mengejar masa untuk pulih sepenuhnya, walaupun pada mulanya berpendapat impian beliau untuk ke Rusia sudah terkubur.

ZURICH, SWITZERLAND – MARCH 23: Mohamed Salah of Egypt during the International Friendly match between Egypt v Portugal at the Letzigrund Stadium on March 23, 2018 in Zurich Switzerland (Photo by Erwin Spek/Soccrates/Getty Images)

“Saya mulai berfikir bahawa saya akan terlepas peluang untuk bersama skuad kebangsaan Mesir untuk ke Rusia. Ia adalah satu perasaan yang sangat teruk,” jelas Salah.

Ketika memberikan analogi betapa pentingnya kejohanan Piala Dunia buat negaranya Mesir, penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu itu berkata:

“Untuk Mesir berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia, ia adalah sama penting seperti Sepanyol menjuarai kejohanan tersebut.”

Mengenai dakwaan Ramos yang menyatakan Salah masih mampu beraksi di perlawanan akhir UCL jika mendapatkan suntikan, Salah berpendapat ia adalah kenyataan yang melucukan.

“Ia adalah perkara yang melucukan apabila orang yang membuatkan anda menangis pada mulanya, kemudian membuatkan anda tertawa. Mungkin dia juga tahu sama ada saya sudah bersedia untuk beraks di Piala Dunia?” Jelas Salah dengan sinis.

Mesir masih tidak pasti mengenai tahap kecergasan Salah. Namun jurulatih Hector Cuper optimis bintang Liverpool itu mampu pulih sepenuhnya sebelum mereka memulakan kempen Piala Dunia menentang Uruguay pada 15 Jun hadapan.

Salah menjaringkan 32 gol pada musim pertama di EPL bersama Liverpool selepas sebelum itu melalui karier yang kurang menjadi bersama Chelsea.

 

Tulis Balasan atau Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *