Mo Salah Kembali Meledak, Liverpool Teruskan Permulaan Sempurna

Liverpool meneruskan kecemerlangan mereka dengan kemenangan 3-0 ke atas Southampton di Anfield.

Sekaligus meletakkan mereka kekal dengan permulaan sempurna musim ini.

Kesemua gol Liverpool dihasilkan pada separuh masa pertama.

Gerakan Shaqiri yang menghantar bola deras ke dalam kotak penalti membuatkan Hoedt tertampan bola sendiri. Bola itu muntah daripada tampanan rakannya.

Mohamed Salah memiliki 2 peluang gol. Salah satu daripadanya dengan backheel yang cantik tetapi tak masuk.

Liverpool menambah gol menerusi Matip yang menaduk masuk sepakan penjuru Trent Alexander Arnold.

Pada masa kecederaan separuh masa pertama, Mohamed Salah memastikan Liverpool 3 gol di hadapan selepas menampan masuk sepakan percuma Shaqiri yang terkena palang.

Pada separuh masa kedua, Liverpool terus mendomimasi perlawanan. Mereka terus menyerang. Namun Southampton memperbaiki aspek pertahanan mereka.

Kerisauan Liverpool pastinya melihat Van Dijk yang cedera dan terpaksa dikeluarkan.

Andy Robertson berpeluang menambah gol pada babak akhir namun sepakan separa voli beliau melambung tinggi.

Milner merembat deras bola namun dihadang. Salah menyusul dengan jaringan gol, namun tak dikira kerana sudah berada dalam kedudukan ofsaid.

On target pertama Southampton hadir pada masa kecederaan. Namun diselamatkan oleh Alisson.

Tamat perlawanan, Liverpool menang 3-0.

Kemenangan ini kembali meletakkan Liverpool di puncak liga sekurang-kurangnya sehingga perlawanan melibatkan Chelsea.

Ini juga kali pertama Liverpool menang 7 perlawanan pertama secara berturut-turut dalam sejarah kelab mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN