MLS Tolak Tawaran Hak Penyiaran $4 Bilion Kerana Tak Mahu Wujudkan Sistem Penyingkiran

Major League Soccer (MLS) di Amerika Syarikat semakin hari semakin membangun dan mendapat tempat di hati peminat bola sepak di seluruh dunia.

Perhatian yang diperoleh mereka itu telah sedikit sebanyak mengundang desakan agar MLS mewujudkan liga yang mengamalkan sistem promosi dan penyingkiran.

Hal ini kerana, sistem piramid bola sepak Amerika Syarikat menggunakan sistem francais dan ianya menghalang dari promosi dan penyingkiran diwujudkan.

Baru-baru ini pihak MLS telah dirisik oleh badan MP & Silva dengan satu tawaran yang cukup lumayan.

MP & Silva menawarkan perjanjian hak media sebanyak $4 bilion kepada MLS selama 10 tahun sebaik sahaja perjanjian hak media antara liga tersebut dengan pihak yang sedia ada ketika ini tamat.

Ketika ini, MLS membuat perjanjian hak media bersama-sama FOX Sports, ESPN dan juga Univision – perjanjian antara mereka akan tamat pada 2022.

Namun begitu, tawaran oleh MP & Silva itu memerlukan MLS mematikan tradisi mereka iaitu mereka perlu mewujudkan liga yang mengamalkan liga bersistem promosi dan penyingkiran.

Tawaran lumayan itu terpaksa ditolak oleh MLS kerana 3 syarikat penyiaran yang membuat perjanjian bersama liga itu ketika ini mempunyai hak eksklusif mengenai perjanjian tersebut.

Ini bermaksud FOX Sports, ESPN dan Univision mempunyai kuasa dalam memperbaharui perjanjian hak media bersama-sama MLS.

Sambil itu, pihak MLS juga menyatakan mereka tidak berminat dengan tawaran MP & Silva itu.

“Kami tidak berminat malah kami tidak boleh melakukan apa-apa dengan tawaran tersebut.”

“Dalam perjanjian hak media antara MLS dan media yang terlibat, kami tidak dibenarkan mengadakan perbincangan dengan mana-mana syarikat media yang lain.”

Menurut sumber, wakil MP & Silva iaitu Ricardo Silva cuba untuk mendapatkan hak penyiaran MLS dengan diwujudkan sistem promosi dan penyingkiran adalah kerana beliau ada misi tersendiri.

Beliau mempunyai kepentingan dalam kelab Miami FC yang bermain di liga bawahan Amerika Syarikat.

Andai perjanjian itu berjaya, Silva cuba membawa Miami FC ke MLS menerusi cara promosi dalam liga negara tersebut.

Tetapi nampaknya, cubaan itu tidak berjaya.

Sumber:

  1. ESPN (2017): MLS rejected $4 billion media rights deal requiring promotion/relegation; http://www.espnfc.us/major-league-soccer/story/3164144/mls-rejected-$4-billion-media-rights-deal-that-hinged-on-promotion-and-relegation?appsrc=sc

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN