MKN Beri Lampu Hijau Liga Malaysia Diteruskan, MFL Beri Peringatan Kelab Jaga SOP

Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak mempunyai masalah untuk saingan Liga Malaysia 2021 diteruskan walaupun Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 diumumkan oleh pihak kerajaan baru-baru ini.

Sebelum ini peminat bola sepak tempatan tertanya-tanya mengenai status saingan Liga Malaysia musim ini selepas PKP dilaksanakan.

Pada musim lalu misalnya, kerajaan tidak membenarkan saingan Liga Malaysia diteruskan ketika PKP dilaksanakan, menyebabkan saingan Liga Super dan Liga Premier dipendekkan kepada separuh pertandingan.

Musim lalu turut menyaksikan saingan Piala FA terpaksa dibatalkan, manakala saingan Piala Malaysia terpaksa ditamatkan awal walaupun sudah memasuki saingan suku akhir.

Melalui Standard Operating Procedeure (SOP) yang dikeluarkan oleh MKN semalam mengesahkan penganjuran kejohanan atau pertandingan atau perlawanan persahabatan tempatan dan antarabangsa mengikut model GELEMBUNG SUKAN adalah TERHAD bagi penganjuran Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

SOP berkenaan bagaimanapun menekankan penganjuran perlawanan di dalam tempoh PKP akan diadakan tanpa kehadiran penonton.

Sehingga kini saingan Liga Super Malaysia telah berlangsung sehingga minggu ke-13. Saingan kini direhatkan sementara selama dua bulan untuk memberi laluan kepada sambutan Aidilfitri dan persiapan pasukan negara menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang bermula pada 3 Jun hadapan.

Dalam perkembangan berkaitan, MFL menyarankan kepada pasukan-pasukan Liga Malaysia agar terus komited mematuhi SOP gelembung sukan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Skuad Harimau Malaya akan mula turun menjalani latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil selama empat hari bermula 16 hingga 19 Mei 2021 sebelum terbang ke Dubai pada 20 Mei bagi perlawanan persahabatan pertama bertemu Kuwait di sana pada 23 Mei 2021.

Kemudian pada 25 Mei 2021, skuad Harimau Malaya akan terbang pula ke Manama, Bahrain bagi perlawanan persahabatan kedua (Tier 1) bertemu Bahrain di sana pada 28 Mei 2021 dan kembali ke Dubai pada 31 Mei bagi persediaan terakhir menghadapi baki tiga perlawanan kelayakan.

Malaysia akan bertemu UAE di Stadium Zabeel, Dubai pada Khamis, 3 Jun 2021 jam 8.45 malam waktu UAE (12.45 tengah malam waktu Malaysia) diikuti aksi menentang Vietnam di Stadium Al Maktoum, Dubai pada Jumaat, 11 Jun 2021 jam 8.45 malam waktu UAE (12.45 tengah malam waktu Malaysia) dan berdepan Thailand juga di Stadium Al Maktoum pada Selasa, 15 Jun 2021 jam 8.45 malam waktu UAE (12.45 tengah malam waktu Malaysia).

Selepas lima perlawanan setakat ini, Vietnam berkedudukan di tangga teratas Kumpulan G dengan 11 mata diikuti Malaysia (9), Thailand (8), UAE (6) dan Indonesia (0). Hanya UAE kurang satu perlawanan.

Malaysia sebelum ini memulakan kempen kelayakan dengan menewaskan Indonesia 3-2 di Jakarta pada 5 September 2019 tetapi kalah tipis 2-1 kepada UAE pada aksi kedua di Bukit Jalil pada 10 September 2019.

Kemudian Malaysia tewas lagi, kali ini kepada Vietnam 1-0 di Hanoi pada 10 Oktober 2019 tetapi bangkit meraih dua kemenangan berturut di Bukit Jalil dengan menewaskan Thailand 2-1 pada 14 November 2019 dan Indonesia 2-0 pada 19 November 2019.

Namun saingan yang sepatutnya bersambung pada Mac 2020 terpaksa ditangguhkan lebih setahun akibat situasi tidak menentu pandemik COVID-19.

 

Baca artikel mengenai Liga Malaysia melalui pautan:

Ifedayo Anggap Hanya Selangor Pasukan Terhebat Di Malaysia

Perjalanan 58 Hari ZamSaham Ubah Landskap Bola Sepak Kelantan

‘Bukan Mudah, Kami Dah Macam Keluarga’ – Kenny Pallraj Sebak Tinggalkan Perak

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN