Mkhitaryan:”Saya Tak Fikir 2 Kali Untuk Sertai Arsenal Kerana Rindui Permainan Menyerang”

Pemain tengah Armenia, Henrikh Mkhitaryan memberitahu beliau tidak berfikir panjang ketika mendengar Manchester United mahu menukar beliau dengan Alexis Sanchez pada Januari lalu.

Ia bertentantang dengan laporan beberapa media di UK menyatakan yang Mkhitaryan tidak mahu meninggalkan Manchester United sehingga menyebabkan perjanjian mendapatkan Sanchez dilengahkan.

Mkhitaryan tampil dalam 26 perlawanan untuk Manchester United pada 2017 dan menjaringkan 6 gol. Beliau bergelut untuk menjadi pemain utama dalam skuad Jose Mourinho.

Pada debut beliau di Emirates, Mkhitaryan menunjukkan aksi memukau dengan 3 bantuan gol dalam perlawanan menentang Everton, di mana Arsenal menang 5-1.

Bercakap kepada Four Four Two, Henrikh Mkhitaryan berkata:

“Apabila saya mendengar saya akan disertakan dalam perjanjian pertukaran pemain dari Manchester United ke Arsenal, saya terus kata ‘ya’. Saya tidak berfikir 2 kali, kerana sangat penting untuk saya beraksi dalam pasukan yang bermain secara ofensif.”

“Saya tak pernah bayangkan debut yang lebih baik. Saya rindu untuk bermain bola sepak ofensif. Saya menyertai Arsenal kerana Wenger mahukan saya menggantikan Sanchez.”

“Kami pemain yang berbeza dengan karakter yang berlainan dengan kemampuan serta skil yang berbeza. Saya akan cuba melakukan apa sahaja untuk kelab ini.”

Arsenal kini 13 mata daripada 4 kedudukan ke-4 EPL. Usaha untuk berada dalam 4 teratas kelihatan sukar. Mereka kini pastinya menumpukan usaha untuk menjuarai UEL untuk mara ke UCL musim hadapan.

“Saya mahu mengukir nama saya dalam sejarah pasukan Arsenal dan menjadi legenda di sini. Saya mahu menjaringkan banyak gol, ‘assist’ dan memenangi trofi untuk menggembirakan penyokong.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN