Misteri Kehilangan Trofi Piala Dunia 1966, David Corbett & Anjing Bernama Pickles

Apakah kisah yang paling menggemparkan mengenai kejohanan Piala Dunia 2018 setakat ini? Itali gagal ke Piala Dunia sejak 1958? Hatrik Lionel Messi mengesahkan Argentina ke Piala Dunia dalam perlawanan terakhir pusingan kelayakan?

Ataupun Iceland? Negara yang mempunyai kepadatan penduduk kurang daripada sejuta, namun tampil gah ke kejohanan Piala Dunia sulung mereka?

Bagaimana jika trofi Piala Dunia yang merupakan lambang kemegahan bola sepak dunia hilang daripada simpanan beberapa bulan sahaja menjelang sepak mula kejohanan berlaku? Apakah reaksi dunia?

22 Mac 1966

Pada 20 Mac 1966, trofi Piala Dunia FIFA disahkan hilang. Ia telah mencetuskan panik, juga telah merosakkan reputasi England FA yang merupakan tuan rumah edisi ke-8 kejohanan tersebut.

Tanpa ledakan media sosial seperti yang ada pada hari ini, kehilangan trofi berkenaan tetap menjadi liputan sensasi media pada era itu di seluruh pelusuk benua.

(Photo by Chris Young – PA Images/PA Images via Getty Images)

Semua orang bingung akan kehilangan trofi tersebut. Bagaimana kejadian sebegini boleh berlaku? Bagaimanakah England boleh menyelamatkan reputasi mereka sebagai tuan rumah?

Mampukan England menanggung aib sebagai sebuah negara kerana kehilangan trofi tersebut?

Trofi Jules Rimet menuju England

Pada ketika itu, trofi Piala Dunia dinamakan sebagai trofi Jules Rimet. Trofi berkenaan merupakan trofi kejuaraan untuk pemenang Piala Dunia, dan dinamakan sedemikan sempena beks Presiden FIFA, Juless Rimet pada 1946. Sebelum itu ia dikenali sebagai ‘Victory’.

Ketika sepak mula kejohanan akan mengambil tempat pada musim panas 1966, Presiden FIFA pada ketika itu, Stanley Rous menyuarakan kebimbangan akan keselamatan trofi tersebut untuk membuat penampilan di khalayak ramai di England.

The draw for the final tournament of the 1966 world Cup, held at the Royal Garden Hotel in London. FIFA President Sir Stanley Rous holding the Jules Rimet World Cup trophy during the draw, 6th January 1966. (Photo by Monte Fresco/Mirrorpix/Getty Images)

Namun demikian, beliau akhirnya akur untuk trofi tersebut ditayangkan di dalam sebuah kabinet pameran berkaca dan berkunci. Untuk rekod, trofi Jules Rimet tersebut turut diinsurankan dengan nilai tuntutan £30,000- nilai yang sangat mewah pada era tersebut.

Trofi tersebut turut akan dikawal oleh pegawai keselamatan sebelum dipamerkan bersama pameran setem Stanley Gibbons Stampex, bertempat di Methodist Central Hall London, Westminster.

Kehilangan trofi Julius Rimet

Untuk sebab yang tidak mampu dijelaskan oleh sesiapa pada ketika itu, pengawal keselamatan yang seharusnya bertugas mengawal trofi berkenaan pda keesokkan harinya telah diberikan pelepasan cuti.

Apabila jadual pemeriksaan keselamatan pada sebelah tengah hari hari berikutnya tiba, semua pihak terkejut kerana mendapati kabinet pameran berkaca tersebut kosong! Di manakah trofi Julius Rimet?

A diagram showing how the World Cup was stolen from the exhibition site in Westminster Central Hall, 22nd March 1966. The thief entered via the Matthew Parker Street entrance and made his way past the Harmer Rooke stamp stand to the cabinet containing the cup. (Photo by Keystone/Hulton Archive/Getty Images)

Kerana tidak mahu perkara tersebut menjadi heboh, satu jawatankuasa penyiasatan telah ditubuhkan di peringkat dalaman dan diketuai oleh Detektif Inspektor Bill Little.

Panel penyiasatan ditubuhkan bertujuan untuk melakukan soal siasat terhadap semua individu yang terlibat dengan penjagaan trofi tersebut atau sekiranya mereka mengesyaki sesuatu yang aneh berlaku sebelum kehilangan trofi berkenaan.

Pihak FA turut cuba menyelesaikan krisis tersebut menggunakan cara mereka sendiri untuk mengelakkan ia daripada diketahui umum.

A policeman stands guard in Central Hall Westminster, next to the stand at the National Stamp Exhibition where the Jules Rimet trophy was housed before it was stolen, 21st March 1966. The World Cup competition is to be held in England later in the year. (Photo by Keystone/Hulton Archive/Getty Images)

Setiausaha FA pada ketika itu, Daniel Follows turut mengupah seorang penempa Perak dikenali sebagai George Bird untuk mengukir sebuah replika mirip trofi Julius Rimet untuk mengaburi pandangan umum.

Semua perkara ini dilakukan dengan penuh kerahsiaan sehinggalah Presiden FIFA sendiri, Stanley Rous tidak mengetahui akan kehilangan trofi tersebut.

Siasatan kehilangan trofi Julius Rimet

Lama kelamaan kisah kehilangan misteri trofi Jules Rimet mulai diketahui umum. Maka selepas itu, ia turut mengundang pelbagai teori dan spekulasi yang turut boleh menjejaskan siasatan pihak polis untuk melakukan pencarian trofi berketinggian kira-kira 8 inci itu.

Seorang lelaki telah menulis kepada pihak polis dan mengatakan trofi berkenaan sudah berada di Wicklow, Ireland. Manakala seorang lagi menghantar sekeping gambar untuk disiarkan oleh sebuah surat khabar Jerman, dengan individu disyaki ditandakan dengan tanda ‘X’.

(Photo by Keystone/Hulton Archive/Getty Images)

Ia bagaikan sebuah jenaka di mata dunia. Sudah tentu pihak Polis Metropolitan telah dilihat sebagai unit yang gagal di mata antarabangsa.

Pengerusi England FA pada ketika itu, Joe Mears (gambar atas) turut menerima sepucuk surat untuk menuntut wang tebusan bernilai £15,000 untuk trofi tersebut dipulangkan secara selamat.

Anehnya, penjenayah mahu transaksi diadakan di Stamford Bridge, sebelum bersetuju transaksi pertukaran diadakan di Battersea Park, London.

A schoolboy looking at a stamp album that is in the place of the Jules Rimet trophy which has been stolen the National Stamp Exhibition in Central Hall Westminster, 21st March 1966. The World Cup competition is to be held in England later in the year. (Photo by Keystone/Hulton Archive/Getty Images)

Pihak polis yang menyamar untuk melaksanakan transaksi tersebut bagaimana pun hampa.  Mereka berjaya menangkap penjenayah yang mendakwa memiliki trofi Jules Rimet, dikenali sebagai Edward Bletchley.

Namun Bletchley tidak lebih daripada seorang penipu yang mahu mengambil kesempatan untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.

Namun pihak polis dan FA tidak mahu berputus asa untuk mencari trofi Julius Rimet yang hilang, walaupun kejohanan hanya akan berlangsung beberapa bulan sahaja lagi.

Hero atau zero?

Pada malam 27 Mac 1966, seorang lelaki dikenali sebagai David Corbett keluar daripada flat kediamannya yang terletak di Norwood, Selatan London. Destinasi Corbett ialah pondok telefon yang terletak di seberang jalan kediamannya.

Menemani Corbett ialah seekor anjing belaan baka Border Collie yang diberikan nama Pickles. Pickles dibela oleh Corbett sejak kecil dan berusia 4 tahun pada ketika itu.

Dalam perjalanan ke pondok telefon tersebut, tumpuan anjing berwarna hitam dan putih itu terarah ke sebuah balutan pakej yang ditinggalkan di tepi jalan.

“Ia dibalut dengan ketat menggunakan surat khabar dan diikat dengan ketat dengan benang tebal. Ia berada betul-betul di tayar belakang kenderaan salah seorang jiran yang tinggal di sini,” ujar Corbett.

“Pada ketika itu kumpulan pemberontakan Ireland (IRA) sedang aktif. Maka saya beranggapan ia adalah bungkusan mengandungi bom. Namun kerana ingi tahu, saya mengoyakkan balutan tersebut.”

Photographers take photographs of Pickles, the dog who sniffed out the missing Jules Rimet World Cup Trophy, which had been stolen from the National Stamp Exhibition a week earlier, 28th March 1966. Pickles is posing near the spot where he found the trophy, in Beulah Hill, Norwood, South London. (Photo by Central Press/Getty Images)

“Kemudian saya menemukan perkataan Brazil, kemudian Jerman dan diikuti oleh Uruguay. Saya berlari ke rumah selepas itu dan memberitahu isteri saya. ‘Saya rasa saya telah menemukan Piala Dunia!'”

Corbett kemudiannya membawa penemuannya ke balai polis Gypsy Hill di Crystal Palace.

“Saya menerjah masuk ke balai dan meletakkan bungkusan tersebut di atas meja dan berkata, ‘Saya telah menemui Piala Dunia’.”

Pegawai yang bertugas pada malam itu menjawab: “Ia tidak kelihatan seperti trofi Piala Dunia pada pandangan mata saya.”

(Photo by SSPL/Getty Images)

Kejujuran Corbett menjadikan beliau suspek utama kes kecurian trofi Julius Rimet.

“Saya telah menjadi suspek No.1 oleh Polis Metropolitan. Soal siasat dijalankan sehingga 2:30 pagi. Terdetik di hati saya untuk tidak mempedulikan bungkusan tersebut dan mengembalikan ia ke jalanan tempat Pickles menemuinya.”

“Insiden tersebut menyebabkan saya lewat ke tempat kerja pada hari berikutnya,” jelas Corbett dalam satu temu ramah beberapa tahun selepas penemuan tersebut.

Selebriti penyelamat England

Kehilangan trofi Piala Dunia pada 1966 masih kekal misteri sehingga hari ini. Siapakah yang bertanggungjawab membawa keluar trofi tersebut? Apakah motif kejadian? Bagaimana ia boleh ditemui di tepi jalanan di Selatan London?

Selepas beberapa jam disoal dan beberapa minggu diletakkan sebagai suspek, akhirnya Corbett disahkan tidak bersalah dalam misteri tersebut.

(Photo by Central Press/Getty Images)

Sebaliknya Corbett dan Pickles diangkat sebagai wira England kerana menyelamatkan negara tersebut daripada dipertanggungjawabkan akan kehilangan trofi Piala Dunia.

Corbett dan Pickles menjalani kehidupan seperti selebriti. Mereka diwawancara di televisyen dan turut dihadiahkan dengan pemberian wang kerana penemuan tersebut.

(Photo credit should read STAFF/AFP/Getty Images)

Populariti Pickles lebih hebat daripada tuannya. Kerana kepopularitiannya, Pickles turut diundang untuk menceburi bidang lakonan dalam filem ‘Spy With Cold Nose’, dianugerahkan dengan medal serta bekalan makanan untuk anjing untuk beberapa tahun.

Corbett dan Pickles turut dijemput ke majlis makan malam gala sempena kejayaan England menjuarai Piala Dunia 1966, selepas menundukkan Jerman 4-2 dalam aksi perlawanan akhir.

Rumusan: Pickles dalam kenangan

Setahun kemudian, Pickles ditemui mati secara tragik kerana tercekik ketika cuba mengejar seekor kucing sebelum lehernya tersekat di batang kayu dalam kawasan semak.

Pickles disemadikan di kawasan taman di kawasan kediaman Corbett; rumah yang dibeli hasil pemberian kerana menemui trofi Julius Rimet. Nama David Corbett dan Pickles akan sentiasa diingati sebagai sebahagian daripada kisah Piala Dunia.

Trofi yang sama turut hilang sekali lagi ketika berada di dalam simpanan Brazil. Namun kali ini, tiada lagi kisah Corbett dan Pickles muncul sebagai wira Piala Dunia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN