‘Misi Takluk Asia’ – 3 Sebab Kenapa Skuad B-23 Mampu Hasilkan Kejutan Di Tashkent

Malaysia B-23 Piala Asia

Prestasi skuad kebangsaan bawah 23 tahun (B-23) di temasya Sukan SEA 2021 yang berlangsung di Vietnam mungkin kurang memuaskan hati banyak pihak apabila mereka pulang tanpa membawa sebarang pingat.

Selepas tewas tipis 1-0 kepada pasukan tuan rumah Vietnam di peringkat separuh akhir, Malaysia dikecewakan oleh negara jiran Indonesia dalam perlawanan penentuan pingat gangsa.

Sebagai pentas persediaan untuk kejohanan Piala Asia B-23 yang bakal berlangsung di Uzbekistan bermula minggu ini, ia bukanlah pencapaian yang diharapkan.

Namun masih ada beberapa perkara yang perlu diambil kira dan tidak salah untuk meletakkan harapan tinggi kepada skuad muda negara ini.

Peningkatan positif

Pencapaian skuad Brad Maloney tempoh hari sebenarnya jauh lebih baik berbanding edisi lalu di Filipina yang menyaksikan Malaysia ‘bungkus’ di peringkat kumpulan selepas sekadar menduduki tangga keempat.

Tambahan pula Vietnam pula bukanlah calang-calang pasukan. Skuad Naga Emas itu itu merupakan ‘kuasa besar’ baharu di rantau ini sejak dibimbing Park Hang-seo.

Dari segi corak permainan, kita boleh saksikan pemain-pemain negara mempunyai keyakinan untuk memegang bola, bermain hantaran pendek dan membina serangan dari bawah.

“Luqman Dan Hadi Nak Buktikan Sesuatu” – Mukhairi Ajmal Dedah Aspek Serangan Dipertajamkan Skuad B-23

Mungkin dari aspek teknikal dan kemahiran individu, terdapat jurang yang menjadi pemisah antara kedua-dua pasukan. Vietnam terbukti pasukan yang lebih bersedia, tersusun dan mempunyai persefahaman dalam pasukan.

Untuk aksi peringkat kumpulan Piala Asia B-23, Malaysia akan bertemu Vietnam sekali lagi dan ia merupakan kesempatan terbaik untuk Maloney memperbaik kelemahan berdasarkan analisis yang telah dilakukan oleh barisan kejurulatihannya.

Mencapai keserasian

Maloney juga telah mengambil keputusan untuk tidak membuat rombakan besar kepada senarai 23 pemain yang dibawa ke Tashkent.

Langkah ini juga pastinya sebagai persediaan kepada para pemain untuk membentuk persefahaman dan membina keserasian bagi menterjemahkan taktikal yang telah diterapkan.

Bermakna 23 pemain ini seharusnya tidak mempunyai isu tentang keserasian selepas saban minggu digandingkan sama ada dalam perlawanan mahupun latihan pasukan.

Satu lagi lawan di peringkat kumpulan, Korea Selatan bukanlah lawan yang mustahil untuk ditundukkan. Skuad kendalian Ong Kim Swee pernah membuat kejutan selepas menewaskan pasukan tersebut di saingan Sukan Asia 2018 di Indonesia.

Bagaimana Kim Swee Buat Son Heung-min & Korea Selatan ‘Menangis’ 4 Tahun Lalu? Ini Pendedahannya

Dengan taktikal dan kerjasama pasukan serta disiplin tinggi dapat ditampilkan, sasaran untuk sekurang-kurangnya layak ke pusingan kalah mati tidak mustahil untuk direalisasikan.

Projek masa depan

Jika dinilai semula, tiada seorang pun pemain lebih usia yang dibawa oleh Maloney ke Sukan SEA di Hanoi tempoh hari.

Ia adalah bukti jelas yang menunjukkan beliau percaya dengan kualiti yang dimiliki oleh barisan pemain muda negara.

Pemain-pemain utama di bahagian pertahanan seperti Harith Haiqal, Zikri Khalili, Azrin Afiq, Faiz Amer Runnizar, Ubaidullah Shamsul Fazili, Safwan Mazlan dan Umar Hakeem semuanya belum pun melepasi usia 20 tahun.

Namun mereka telah pun menunjukkan kematangan dan kemampuan mereka apabila berdepan dengan lawan yang lebih berpengalaman termasuk pemain-pemain lebih umur yang diturunkan oleh pasukan lawan.

Brad Maloney Percaya Barisan Pemain Yang Sama Mampu Hasilkan Keputusan Berbeza Di Piala Asia

Berdasarkan prestasi di Sukan SEA tempoh hari, aspek serangan serta penyudah merupakan isu utama yang perlu segera diperbaiki oleh barisan penyerang.

Tanggungjawab besar menanti Luqman Hakim, Danial Asri dan Hadi Fayyadh untuk mendapatkan jaringan-jaringan penting bagi meraih kemenangan.

Masa untuk menyerlah

Bagi saingan Kumpulan C nanti, Malaysia akan memulakan kempen berdepan Korea Selatan pada Khamis, 2 Jun 2022, jam 9 malam, Thailand pada Ahad, 5 Jun 2022, jam 11 malam dan Vietnam pada Rabu, 8 Jun 2022, jam 9 malam.

Apa lagi yang diharapkan oleh pemain-pemain muda negara ini kalau bukan sokongan seluruh rakyat Malaysia sebagai motivasi utama mereka yang sedang berjuang jauh beribu kilometer dari tanah air.

Ayuh pemain-pemain muda negara. Tiada apa yang mustahil dalam bola sepak. Tanamkan semangat Harimau Malaya di dadamu dan harumkanlah nama Malaysia di pentas antarabangsa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN