Misi Sukar Buat KDN Untuk Cuba Kejutkan JDT

Kelantan Darul Naim (KDN) memiliki tugas sukar pada perlawanan sulung mereka di saingan Piala FA musim 2025/2025 untuk menghadapi cabaran getir daripada kelab gergasi, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Atas kertas, ramai sudah menjangkakan JDT tidak menghadapi sebarang masalah untuk menumbangkan KDN yang kini dikendalikan oleh Park Jae-hong selepas melihat daripada pelbagai sudut.

Apatah lagi, JDT turut bakal beraksi di laman sendiri iaitu Stadium Sultan Ibrahim (SSI), dan sudah pun diakui sangat kebal sejak beberapa musim lalu lagi.

Daripada segi prestasi semasa, JDT konsisten merekodkan dua kemenangan berturut-turut dengan lapan gol sudah pun dihasilkan Harimau Selatan selain hanya dibolosi dua jaringan sahaja.

Ini menunjukkan mereka mempunyai barisan serangan yang cukup berkualiti serta kreatif untuk menghasilkan gol selain sangat kebal di posisi pertahanan.

Senarai pemain dimiliki mereka untuk kesebelasan utama serta simpanan juga sangat seimbang selain pengaruh taktikal daripada pengendali, Hector Bidoglio dari tepi padang.

Kelebihan daripada segi penguasaan bola bakal dipamerkan oleh JDT pada perlawanan ini untuk memastikan peluang mereka sentiasa cerah bagi mendapatkan jaringan.

Pemain seperti Bergson da Silva, Fernando Forestieri, serta Juan Muniz Gallego akan menjadi rangkaian utama buat siri serangan JDT untuk berdepan cabaran wakil Kelantan itu.

Anak jati Johor iaitu Afiq Fazail antara pemain tempatan mereka yang memiliki pengaruh cukup baik di bahagian tengah dan ini pastinya menjadi kesukaran utama buat KDN untuk menyekat pemain tersebut.

Buat KDN pula, pertaruhan utama sudah tentu diletakkan sepenuhnya kepada pemain tengah yang menyerlah ketika saingan Piala Asia 2023 di Qatar lalu, iaitu Oday Kharoub untuk merencanakan segalanya.

Daripada segi kualiti pemain, tidak banyak boleh diperkatakan selain mereka perlu mengharapkan pemain utama seperti Chadrack Muzungu dan Valdumar Augusto untuk tampil lebih kreatif memburu gol.

Park bersama Rezal Zambery Yahya perlu membuat rencana taktikal yang lebih baik terutama sekali daripada segi disiplin bertahan serta pelan mencipta peluang serangan selain mengelak lawan menguasai keseluruhan permainan.

Apapun, KDN tetap memiliki peluang ke pusingan seterusnya jika pelan yang direncanakan serta mentaliti pemain berada pada tahap terbaik, atau JDT sekali lagi menepati ramalan ramai ke pusingan seterusnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN