Akhirnya, Son Heung Min membantu Korea Selatan menjuarai pingat emas Sukan Asia mengatasi cabaran seteru utama mereka Jepun.
Mereka menang 2-1 dalam pertemuan yang mendebarkan. Korea Selatan menyelesaikan misi mustahak mereka di masa tambahan 30 minit.
Kemenangan ini membolehkan Son Heung-Min meminta pengecualian daripada khidmat negara ataupun latihan ketenteraan yang wajib di Korea Selatan. Namun ianya bukan jaminan beliau akan mendapatnya.
Walaubagaimanapun dalam beberapa pengecualian sebelum ini, atlet yang memenangi pingat emas sukan Asia dan mana-mana pingat Olimpik dalam acara tertentu berjaya mendapatkan pengecualian itu.
🇰🇷 South Korea beat Japan 2-1 to win the Asian games.
📝 Korean law states men must do 21 months of National Service before turning 28.
🥇 The squad are now exempt after winning a gold medal.
🙌 Son Heung-min now avoids missing the next 2 seasons.
👏 Great Achievment. pic.twitter.com/lcivdQRoeZ
— SPORF (@Sporf) September 1, 2018
Spurs pastinya tidak gembira jika Son Heung Min gagal mendapatkan pengecualian itu kerana mereka terpaksa melepaskan pemain mereka yang dalam peak terbaik untuk 2 tahun.
Pemburuan emas bermula agak sukar untuk Korea Selatan termasuk dikejutkan Malaysia dan gagal menjuarai peringkat kumpulan.
Hwan Ui Jo, penyerang paling prolifik mereka mempersiakan beberapa peluang dalam perlawanan ini. Ia agak merisaukan penyokong Korea Selatan.
Selepas 105 minit, perlawanan masuk ke masa tambahan kedua. Pemain gantian Lee Seung-Woo yang bermain untuk Hellas Verona collected menjaringkan gol pertama.
Korea Selatan menambah gol menerusi Hwang Hee Chan yang menyambut sepakan percuma Son Heung Min.
Di kala Korea Selatan hampir pasti menjuarai acara itu, tinggal 4 minit, Ueda sekali lagi menjadi pakar menjaringkan gol pada ‘dying minute’. Perlawanan kembali hidup.
Korea berjaya bertahan dan menang 2-1.
https://twitter.com/aligashi11/status/1035891635685654531
Kejayaan ini memastikan Korea Selatan menjuarai pingat emas kali kedua berturut-turut. Menjadikan mereka negara Asia paling berjaya di Sukan Asia dalam acara bola sepak dengan rekod 5 emas.
Apapun skuad B-21 Jepun yang dibawa ke Sukan Asia kali ini sangat berkualiti.
Tahniah!