Misi Bojan Hodak Mencari Pemain Muda Berkualiti Kini Sudah Bermula

Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Loading official content
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília
The Brazilian National Team held its last training session at Mané Garrincha Stadium, in Brasília, where they will face Colombia in the 2026 World Cup Qualifiers.
0 seconds of 1 minute, 27 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Thiago Almada scores his first goal for Lyon
00:46
00:00
01:27
01:27
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video CBF di OneFootball

Latihan pusat skuad bawah 19 tahun negara (B-19) bermula semalam dengan hanya 28 pemain yang dipanggil pada minggu ini sebelum 28 pemain yang lain akan menggantikan mereka pada minggu hadapan.

Itu bermakna pengendali skuad B-19, Bojan Hodak akan menguji seramai 56 pemain muda untuk membentuk pasukan yang mantap bagi menghadapi beberapa kejohanan penting tahun ini.

Menurut laporan daripada Berita Harian, Bojan Hodak menegaskan hanya mereka yang menepati kualiti yang dimahukan akan terus kekal berada dalam pasukan itu untuk perlawanan yang akan datang.

“Skuad kali ini dibarisi muka baharu dengan hanya empat pemain dikekalkan daripada tahun lalu.

“Tidak ramai daripada mereka yang beraksi dalam Piala Belia jadi kami akan mengadakan pemilihan untuk membentuk skuad masa hadapan.

“Kami akan melakukan sistem penggiliran pemain dengan memberi peluang kepada semua pemain. Selepas itu kami akan menilai berapa ramai yang layak menyertai program selepas ini,” katanya.

Bojan Hodak ditemuramah oleh pihak media di Wisma FAM semalam. FOTO: FAM

Skuad B-19 negara dijadualkan menghadapi Piala Sanix yang bakal berlangsung di Jepun pada bulan Mac. Mereka kemudian akan mengharungi Kejohanan B-19 AFF 2019 (Julai) sebelum beraksi dalam Kelayakan AFC B-19 2020 pada bulan September.

Tiga perlawanan persahabatan telah diaturkan

Bagi menguji kemampuan muka baharu dalam skuad tersebut, Bojan Hodak mengesahkan tiga perlawanan persahabatan telah diaturkan untuk menilai prestasi pemainnya sepanjang dua minggu latihan pusat.

Seramai 28 pemain muda daripada kumpulan pertama melapor diri di kem latihan pusat skuad Malaysia B-19 semalam. FOTO: FAM

“Kita akan menentang Johor Darul Ta’zim II (JDTII) pada 18 Januari ini sebelum dua lagi pasukan yang sedang dalam pengesahan untuk perlawanan pada 26 dan 28 Januari ini.

“Berbekalkan baki tujuh bulan sebelum aksi Kejuaraan B-19 AFF 2019, saya perlu mencari segera 23 pemain terbaik untuk dibawa ke kejohanan itu,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN