‘Misi Bersama’ Harimau Malaya & Harimau Muda Untuk 2021-2022

Malaysia Harimau Malaya Harimau Muda Misi Bersama 2021-2022

Berdasarkan prestasi skuad Harimau Malaya di pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, pengurusan skuad negara perlu gerakan satu misi bersama.

Misi bersama yang dimaksudkan adalah gabungan misi skuad senior dan skuad B-22. Terdapat perlawanan dan kejohanan yang boleh dimanfaatkan bersama oleh skuad kebangsaan dan skuad muda negara dalam tempoh dua tahun yang mendatang ini.

Mengapa ia perlu dilakukan? Transisi antara skuad B-22 dan skuad kebangsaan adalah sangat hampir dan tentunya tiada masalah untuk pemain daripada skuad B-22 negara menjadi pemain utama dalam skuad kebangsaan dalam perlawanan selepas ini.

Dalam skuad 26 pemain di Dubai, UAE tempohari, terdapat tiga pemain berusia 22 tahun ke bawah iaitu Akhyar Rashid (22 tahun), Arif Aiman Hanapi (19 tahun) dan Luqman Hakim Shamsudin (19 tahun). Ketiga-tiganya sudah ada kaps senior.

Dengan cadangan awal pelantikan pembantu Tan Cheng Hoe, S. Balachandran untuk mengemudi skuad muda negara pada awal Januari lalu, pelarasan antara skuad muda dan senior dilihat mudah untuk dibuat kerana kedua-duanya masih bekerja bersama.

Apa yang dilakukan oleh Balachandran bersama skuad muda akan dipantau oleh Cheng Hoe. Dan, jika situasi ini masih sama iaitu tiada pelantikan baharu untuk kerusi pengendali skuad B-22 negara, falsafah permainan kedua-dua skuad adalah sama.

Jadi, kedua-dua pengendali perlu merancang transisi pemain daripada skuad B-22 kepada skuad senior dalam tempoh dua tahun mendatang ini. Berdasarkan rekod Liga Super musim ini, terdapat 58 pemain muda yang mendapat peluang beraksi.

Pemain-pemain yang berpotensi wajar diberikan peluang untuk menyertai skuad Harimau Muda dan kemudian boleh dipertimbangkan untuk skuad Harimau Malaya. Ada beberapa kejohanan yang boleh dimanfaatkan skuad B-22 negara selepas ini.

Jika melihat kalender Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), kelayakan Piala Asia B-23 dijangka akan berlangsung pada Oktober depan dan selepas itu, skuad muda negara akan menyertai Sukan SEA 2021 di Vietnam pada penghujung November.

Dua kejohanan ini boleh dijadikan pentas pemilihan untuk pemain muda yang ‘tiada pengalaman’ seperti kata Cheng Hoe sebelum ini untuk meraih pengalaman dan mempamerkan prestasi terbaik untuk dipilih menyertai kem skuad kebangsaan.

Antara pemain yang boleh disenaraikan dalam kedua-dua kejohanan itu adalah pemain Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim dan Hakimi Abdullah, Azmeer Aris, Quentin Cheng (Penang FC), selain Arif Aiman (JDT) dan Luqman Hakim Shamsudin (KV Kortrijk).

Pemain-pemain muda yang cemerlang bersama tugasan itu boleh juga dicuba dalam perlawanan persahabatan antarabangsa dalam tempoh tersebut. Terdapat empat FIFA Day sebelum aksi kelayakan Piala Asia 2023 bersambung pada Februari 2022 iaitu:

30 Ogos hingga 7 September 2021

4 Oktober hingga 12 Oktober 2021

8 November hingga 16 November 2021

24 Januari hingga 1 Februari 2022

Selain pemain-pemain yang telah disebut di perenggan sebelum ini, terdapat juga pemain-pemain lain yang boleh dipertimbangkan terutamanya daripada Terengganu dan Selangor FC, yang banyak mempertaruhkan pemain berusia 23 tahun ke bawah.

Dan jika Liga Super dibenarkan untuk kembali bersambung, sudah pasti akan muncul lagi nama-nama lain pula. Janganlah disisihkan lagi nama-nama mereka sebagaimana yang berlaku dalam kem skuad negara tempohari dek kerana ‘tiada pengalaman’.

Jika dilihatkan purata umur dalam kesebelasan utama dalam tiga aksi pusingan kelayakan tempohari, dalam Kumpulan G yang melibatkan skuad negara, Malaysia yang kedua tertua selepas UAE. Mungkin inilah masa yang sesuai untuk transisi.

Kita tidaklah meminta transisi besar-besaran sehingga menjejaskan rentak skuad negara, tetapi transisi tersebut boleh berlaku secara berperingkat bermula dengan FIFA Day pada Ogos depan, jika kalender FIFA tiada perubahan disebabkan pandemik.

Baca lagi artikel lain mengenai skuad kebangsaan dan bola sepak dunia:

Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode

5 Sebab Untuk Tangkis Tanggapan TMJ Tidak Layak Kemudi Harimau Malaya

Nor Azam Azih – Pemain Yang Wajib Ada Dalam Skuad Harimau Malaya?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN