MISC-MIFA Turunkan Pemain Yang Digantung, UiTM FC Diberi 3 Mata Percuma

Pasukan Liga Perdana, MISC-MIFA telah dihukum potongan 3 mata selepas mereka menurunkan pemain yang digantung ketika perlawanan Liga Perdana tempoh hari.

Ia berlaku ketika perlawanan menentang UiTM FC tempoh hari di Shah Alam.

Menurut FMLLP, MISC-MIFA menurunkan pemain yang digantung iaitu Mohamad Zamri Pin Ramli yang berjersi nombor 16 ketika perlawanan semalam.

Untuk rekod, Zamri sedang menjalani pergantungan kerana mengutip 3 kad kuning.

Perkara ini telah menyebabkan MISC-MIFA telah melanggar Artikel 26.5, Peraturan Pertandingan, Manual Liga Malaysia 2017 iaitu dengan menurunkan pemain yang tidak layak diturunkan kerana menjalani pergantunggan.

Hal ini menyebabkan MISC-MIFA telah dihukum dengan 1 mata yang diperoleh mereka ketika menentang UiTM FC tempoh hari ditarik balik.

Ia menyebabkan UiTM memperoleh kemenangan 3-0 secara percuma dari FMLLP.

Selain itu, MISC-MIFA juga dihukum kerana melanggar  Artikel 40, Bahagian 7, Peraturan Pertandingan, Manual Liga Malaysia 2017.

Dalam Artikel 40 tersebut menyatakan pihak pasukan perlu sentiasa memantau pemain yang digantung kerana melakukan kesalahan.

Kami berharap perkara ini menjadi pengajaran kepada semua pasukan di Malaysia agar ia tidak akan terjadi lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN