Ejen kepada pemain Manchester United, Zlatan Ibrahimovic iaitu Mino Raiola mendedahkan yang beliau yakin Ibrahimovic boleh bermain sehingga 6 tahun lagi.
Ibrahimovic masih lagi berehat panjang kerana kecederaan lutut dan dijangka akan kembali pada Januari ini. Sebelum kecederaan tersebut, Ibrahimovic beraksi sangat baik dengan Manchester United.
Raiola bergurau yang beliau mahu menggunakan kuasanya sebagai ejen untuk ‘memaksa’ pemain itu terus bermain.
“Dia (Ibrahimovic) ada masih banyak keringat dalam dirinya. Paling tidak pun dia boleh bermain 6 tahun lagi. Saya tidak akan biarkan dia berhenti bermain sebab kini dia bekerja di bawah saya.”
“Saya sudah bekerja untuk beliau dalam berapa tahun, kini tiba giliran dia untuk bekerja demi saya. Saya ada anak untuk disara dan saya perlukan duit.”
“Saya nak situasi terbalik, gaji dia masuk ke akaun saya dan dia pula ambil komisen.”
“Ibrahimovic akan sentiasa berada di dalam hidup saya tak kisahlah selepas ini dia kekal sebagai seorang pemain bola sepak, ataupun menjadi tukang kayu, pelabur dalam bak, pengarah ataupun jurulatih.”
“Tapi yang pasti, saya hanya mampu berdoa kepada tuhan, nasib pemain yang akan dilatih beliau nanti jika dia menjadi jurulatih.”
“Saya nak tengok masa tu ada tak pemain yang berani cakap (coach) Zlatan tidak tahu apa yang dia sedang cakap.”
“Jika ada pemain yang menyatakan dirinya lebih baik daripada Zlatan, saya nak minta kamera tertutup dipasang dalam sesi pertemuan mereka.”
Raiola yakin Zlatan akan kembali kuat seperti biasa walaupun sudah berusia. Ini kerana doktor dan saintis telah melaporkan yang lutut Zlatan sangat kuat dan tidak seperti seseorang yang sudah berusia seperti beliau.