Manchester United adalah di antara 12 kelab termasuk beberapa kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berbincang untuk mendapatkan Erling Haaland sebelum ini kata ejen pemain itu, Mino Raiola.
Borussia Dortmund pada Ahad telah mengumumkan ketibaan penyerang sensasi berusia 19 tahun itu dari Red Bull Salzburg dengan perjanjian kontrak selama empat setengah tahun dengan nilai dilaporkan hanya sekitar €20 juta.
Haaland sebelum ini dilaporkan ada berjumpa dengan pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer yang pernah membimbingnya selama dua tahun di kelab Norway, Molde. Khabar angin mengatakan pemain itu mahu menyertai Manchester United.
RASMI: Erling Haaland Milik Borussia Dortmund – https://t.co/J86SL7BUve pic.twitter.com/nlSevU3ySb
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 29, 2019
Tetapi Raiola menegaskan beliau percaya perpindahan ke Dortmund itu adalah yang terbaik untuk pembangunan kariernya yang masih panjang.
“Semua orang hanya bercakap tentang Manchester United, tetapi sebenarnya ada 12 kelab lain yang berminat untuk mendapatkannya,” ujar Raiola kepada Sky Sports.
“Kami mengadakan perbincangan dengan semua pihak. Akhirnya ia tetap bergantung kepada pemain tersebut yang akan membuat keputusan terbaik mengikut nalurinya.
“Saya tidak faham kenapa di England terlalu banyak berita liar mempersoalkan kenapa dia memilih Dortmund. Dia masih seorang pemain muda dan dia masih ada masa yang cukup untuk datang ke EPL dalam keriernya apabila tiba masa yang sesuai satu hari nanti.
Haaland Telah Putuskan Masa Depannya – Solskjaer – https://t.co/L9XGWJVHGw pic.twitter.com/0GhwGftIjd
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 16, 2019
“Dia tidak merasakan ini masa yang sesuai untuk berpindah ke kelab EPL. Borussia Dortmund adalah sebuah kelab yang hebat dan saya juga yakin ianya adalah keputusan yang terbaik untuk pembangunan dirinya ketika ini.
“Semua orang tahu tidak mudah untuk seorang pemain muda untuk berjaya di EPL. Bukan hanya dia seorang pemain muda yang tidak mahu menyertai EPL terlalu awal.”
Haaland telah menjaringkan 28 gol dan mencatat tujuh bantuan jaringan sepanjang 22 perlawanan pada musim ini dalam semua pertandingan termasuk lapan gol dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.
Raiola percaya Haaland akan sertai kelab EPL satu hari nanti dalam karier pemain itu dan hubungan baiknya dengan Solskjaer mungkin akan membantu perpindahannya ke Manchester United suatu masa nanti.
Manchester United Berpeluang Dapatkan Haaland Jika Solskjaer Kekal di Old Trafford – https://t.co/GmuTZIwSSy pic.twitter.com/b5zbdwubdO
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) October 29, 2019
“Sudah tentu jika dia berjaya [di Dortmund] diharapkan dia akan ke EPL dan mungkin menyertai United. Jika dia cukup bagus, tentu akan tiba masanya dia akan menyerlah di EPL. Buat masa sekarang, biar dia menyinar di Bundesliga dahulu.”
Kredit Foto: Borussia Dortmund