Bekas Jurulatih Ghana Milovan Rajevac Kini Jurulatih Baharu Thailand

Skuad kebangsaan Thailand kini telah memperoleh jurulatih baharu!

Milovan Rajevac kini dilantik untuk mengemudi skuad kebangsaan Thailand bagi menggantikan Kiatisuk Senamuang yang mengundur diri selepas kecewa dengan aksi Thailand di Kelayakan Piala Dunia.

Menurut laman Football Tribe Malaysia, Rajevac dipilih kerana diatas rekod yang dimilik beliau dalam memimpin pasukan kebangsaan ke Piala Dunia.

Beliau yang merupakan bekas jurulatih skuad kebangsaan Ghana yang beraksi di kejohana Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Ketika itu, skuad kendalian Rajevac berjaya menamatkan cabaran Piala Dunia 2010 mereka di peringkat suku akhir.

Menurut pihak FA Thailand, pemilihan Rajevac adalah kerana permintaan gaji oleh Rajevac yang tidak begitu tinggi berbanding 2 jurulatih lain yang disenarai pendek oleh FA Thailand.

2 lagi jurulatih yang dimasukkan dalam senarai pendek FA Thailand adalah Marcos Paquetta dan juga bekas jurulatih Thailand dahulu iaitu Winfried Schafer.

Gaji yang diperoleh Rajevac adalah sekitar RM253 ribu atau 2 juta Baht.

Gaji tersebut adalah lebih kurang sama dengan apa yang diterima oleh Kiatisuk Senamuang semasa menjadi jurulatih Thailand.

Pihak FA Thailand juga mendedahkan yang pemiliah Rajevac bukanlah pilihan pertama yang mereka mahukan.

Hal ini kerana, mereka sebenarnya meletakkan pengendali Muangthong United iaitu Totchtawan Sripan sebagai calon utama diatas prestasi cemerlang beliau mengendalikan kelab tersebut terutamanya dalam saingan AFC Champions League.

Namun begitu, pihak FA Thailand merasakan bukan masa yang sesuai untuk melantik jurulatih itu.

Apa pun, semoga berjaya buat Rajevac!

Baca juga: Nazmi Faiz Sah Digantung 1 Perlawanan Berserta Denda RM 3 Ribu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN