Milos Gordic Yakin Akan Kemampuan Pemain Muda Kedah

Penyerang berbisa Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Milos Gordic tampil optimis dengan keadaan semasa pasukannya walaupun kini mereka menghadapi pelbagai dugaan berat untuk dihadapi.

Apa tidaknya, Sang Kenari baru sahaja sah kehilangan dua lagi pemain import mereka tatkala saingan Liga Malaysia (Liga M) masih lagi sedang berlangsung untuk musim 2024/2025.

Semalam, Kedah mengucapkan selamat tinggal kepada tiga lagi pemain mereka iaitu Sukhrob Nurullaev, Claylton dos Santos, serta pemain pinjaman dari Terengganu iaitu Faiz Nasir.

Kehilangan beberapa pemain utama itu menyaksikan Sang Kenari kini terus kritikal untuk menghadapi baki saingan domestik dengan hanya berbekalkan beberapa sahaja tonggak bawah kendalian Victor Andrag.

Malah, Kedah juga kini hanya dibarisi dua sahaja lagi pemain import yang masih bertahan buat pasukan tersebut iaitu Milos Gordic serta Ebenezer Assifuah.

Selebihnya sudah pun mengucapkan selamat tinggal dengan lebih awal serta membawa haluan masing-masing untuk meneruskan karier profesional mereka.

Walaupun tanpa kelibat beberapa pemain utama, Milos enggan untuk terus terkesan dan ingin meneruskan perjuangan buat pasukan tersebut bersama barisan tonggak muda sedia dibawa turun bagi perlawanan akan datang.

Malah, Milos juga melaungkan keyakinan akan kemampuan pemain muda Kedah untuk bersama beliau dan beberapa lagi tonggak senior bawah kendalian Victor.

“Ia satu saat yang menyedihkan buat saya dan pasukan apabila tiga lagi pemain meninggalkan pasukan semalam kerana ia satu kerugian besar ketika kami menghadapi masalah isu gaji yang belum diselesaikan.

“Namun dari sini, saya masih lagi yakin dengan barisan pemain muda yang mampu terus berjuang menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Cabaran.

“Sebagai pemain import, saya amat berharap sokongan moral padu dari segenap lapisan penyokong supaya kami boleh meneruskan perjuangan musim ini,” kata beliau menerusi laporan telah dikeluarkan oleh Harian Metro.

Sehingga kini Sang Kenari terus dihimpit dengan masalah kewangan yang dianggap cukup teruk apabila ada laporan menyatakan para pemain sudah mengalami tunggakan gaji berbulan lamanya.

Berbaki beberapa perlawanan sahaja lagi pada musim ini, sudah tentu peminat mengharapkan Sang Kenari mampu untuk terus bertahan sehingga ke garisan penamat.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN