Milos Gordic ‘Senjata’ Kedah Untuk Hadapi Cabaran Perak

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar
01:10
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Son, Solanke & Co ready for Alkmaar clash in second leg Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Dortmund need Champions League Adeyemi Dimarco’s stunning free-kick rocket in draw against Napoli Manchester United present teaser for new stadium Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Dembele nets brace as PSG hammer Rennes Benteke makes no mistake from the penalty spot Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Penyerang berbisa Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu iaitu Milos Gordic dijangka bakal menjadi pertaruhan utama pasukan itu hari ini untuk menghadapi cabaran Perak bagi aksi Liga Super 2024/2025.

Aksi pusingan kedua Liga Super ini menyaksikan giliran Perak pula bakal menjadi tuan rumah, dengan ianya akan berlangsung di Stadium Manjung dan Kedah hadir bersama status pelawat.

Menerusi rekod pertemuan pusingan pertama lalu, ianya menjadi milik Perak apabila skuad kendalian Yusri Che Lah memperoleh kemenangan 2-0 menerusi ledakan pemain import dari Korea Selatan, Lee Tae-min.

Ketika saingan berlangsung di Stadium Darul Aman (SDA) pada 24 Mei lalu, jelas Perak tampil bersama aksi lebih menyakinkan serta klinikal di hadapan gawang gol jika dibandingkan Kedah.

Sudah tentu aksi hari ini ada kebangkitan ingin dilakukan Sang Kenari walaupun mereka sudah kehilangan beberapa tonggak utama termasuk pengendali, Nafuzi Zain.

Untuk perlawanan ini, kami menyenaraikan tiga pemain tumpuan yang dijangka bakal memberikan impak besar bersama kelab diwakili masing-masing untuk mencapai kemenangan.

Milos Gordic (Kedah)

Nama Milos sebenarnya antara yang kerap dikritik para peminat musim ini ekoran kualiti ditampilkan beliau selaku penyerang import cukup mengecewakan.

Namun, sejak beberapa aksi lalu menyaksikan ada peningkatan prestasi telah ditampilkan oleh pemain dari Serbia ini menerusi impak serta ketajaman di hadapan gawang gol.

Malah, Milos sendiri telah mencatat gol peribadi terbaharu ketika Kedah tewas di tangan Kuala Lumpur City (KL City) bagi aksi kedua pusingan 16 terbaik Piala Malaysia lalu.

Clayton da Silveira (Perak)

Penyerang dari Brazil itu mungkin tidak begitu tajam di hadapan gawang jika dilihat pada statistik beliau bersama Perak setakat ini di pentas domestik.

Daripada 16 perlawanan, Clayton telah pun merekodkan empat gol bersama dua bantuan jaringan sahaja selaku penyerang import untuk pasukan itu termasuk di saingan Piala Malaysia.

Namun, pemain ini memiliki keupayaan cukup tinggi daripada segi kualiti kawalan bola, bijak membuka peluang kepada rakan sepasukan, serta memiliki idea mencorakkan serangan bersama Perak dan itu menjadikan dirinya berbahaya buat pertahanan Kedah untuk menghadapi Clayton.

Azfar Fikri (Perak)

Pemain sayap kanan Perak ini memiliki keupayaan cukup baik daripada segi kepantasan serta kualiti kawalan bola untuk mengatasi pertahanan lawan selain tajam di hadapan gawang gol.

Setakat ini Azfar telah meledak dua gol bersama satu bantuan jaringan daripada 16 perlawanan bersama Perak dan dijangka beliau bakal dibawa turun dalam kesebelasan utama menghadapi Kedah.

Bekas pemain muda skuad Malaysia ini antara perlu diberi perhatian kerana gandingannya bersama rakan serangan lain cukup licik dan mampu mengundang bahaya jika tidak dikawal sepenuhnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN