Milos Gordic Impi Ledak Gol Pada Aksi Bertemu Terengganu

Penyerang berbisa Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Milos Gordic memasang impian untuk cuba mendapatkan gol pada aksi membabitkan pasukan itu menghadapi cabaran daripada Terengganu.

Terdahulu, Sang Kenari bakal menyambung kembali tirai saingan Liga Super 2024/2025, dengan perhitungan bakal dilakukan kelab itu bersama Sang Penyu di Stadium Darul Aman (SDA).

Atas kertas, Terengganu jelas lebih unggul menerusi kualiti pemain serta keadaan semasa jika dibandingkan oleh pasukan tuan rumah yang serba kekurangan sejak awal saingan berlangsung.

Namun, itu tetap tidak memadam impian buat penyerang import Kedah iaitu Gordic untuk cuba meledak gol pada aksi akan tiba pada Sabtu ini di halaman sendiri.

Walaupun dikritik hebat oleh para peminat Kedah di media sosial, semangat Gordic jelas tidak terhakis dengan beliau masih lagi bersemangat untuk memberi sumbangan kepada kelab.

Malah, masih ada harapan terus diletakkan oleh sesetengah peminat kepada beliau yang menjadikannya kini masih lagi tabah walaupun menghadapi pelbagai isu bersama pasukan tersebut.

“Di sebalik pelbagai dugaan dihadapi sebelum ini, saya tetap sabar dan bertekad mahu terus bekerja keras bagi memastikan saya dapat menyumbang aksi terbaik saya bersama KDA FC pada sambungan saingan Liga Super ini walaupun hanya menjaringkan satu gol pada aksi Piala FA.

“Perlawanan menentang pasukan Terengganu FC (TFC) pada 19 Oktober ini menjadi aksi penting buat saya dalam mencari gol pertama dalam saingan Liga Super selain perlu mengekalkan rekod kemenangan pasukan keatas TFC yang dicipta pada musim lalu di laman sendiri.

“Meskipun pelbagai kritikan yang saya terima daripada penyokong mengenai jumlah gol, namun saya tidak ambil hati dan berazam mahu teruskan usaha dan bekerja keras bagi memastikan impian saya tercapai dalam membantu pasukan,” kata beliau menerusi perkongsian Berita Harian.

Pada masa sama, Gordic juga tampil lebih bersemangat kini kerana isteri beliau bakal melahirkan anak sulung mereka serta sudah pun berada di hospital tempatan sana.

“Saya berharap bulan Oktober ini akan menyuntik semangat baharu dan bermakna dalam kehidupan saya serta keluarga kerana isteri saya yang kini berada di Serbia dan bakal melahirkan anak pertama juga meniupkan kata-kata semangat juang buat saya dalam kerjaya,” ujarnya akhir sekali.

Rekod musim ini menyaksikan Milos hanya meledak satu gol bersama satu bantuan jaringan sahaja daripada 13 perlawanan bersama Kedah.

Reputasi beliau ketika ini ditagih oleh peminat supaya Gordic mampu memperbaiki ketajamannya demi membantu kelab tersebut meraih keputusan lebih baik.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN