Penyerang import Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Milos Gordic dijangka bakal menjadi pertaruhan penting pasukan tersebut untuk menghadapi cabaran Negeri Sembilan oada aksi Liga Super 2024/2025, pada hari ini.
Hadir dengan pelbagai masalah menimpa mereka daripada segi tunggakan gaji serta kehilangan ramai muka-muka utama, prestasi semasa Sang Kenari sebenarnya tidak begitu teruk untuk diperkatakan.
Kekurangan tiga perlawanan berbanding pasukan-pasukan lain, mereka masih berpeluang untuk memperbaiki kedudukan semasa di pentas Liga Super.
🔰 𝐌𝐀𝐓𝐂𝐇𝐃𝐀𝐘 🔰
𝑵𝒆𝒈𝒆𝒓𝒊 𝑺𝒆𝒎𝒃𝒊𝒍𝒂𝒏 𝑭𝑪 𝒗𝒔 𝑲𝒆𝒅𝒂𝒉 𝑫𝒂𝒓𝒖𝒍 𝑨𝒎𝒂𝒏 𝑭𝑪
🏆 LIGA SUPER 2024/25 | LS22
📆 26 Februari 2025, Rabu
🕖 9.00 malam
🏟️ Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
📡 LIVE : TV Okey & RTMKlik🛒 https://t.co/wTcsHW5WSB#LS22 #NSEKDA pic.twitter.com/LMSQHHi1PA
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) February 26, 2025
Namun, cabaran tuan rumah iaitu Negeri Sembilan juga tidak boleh diperkecilkan kerana pasukan itu juga sudah tentu ingin meraih tiga mata penting serta keluar daripada kedudukan kedua tercorot Liga Super.
Di sebalik isu konsistensi dalam permainan, pasukan itu dilihat perlahan-lahan cuba bangkit menerusi aksi yang lebih menyakinkan serta peningkatan dipamerkan oleh para pemain.
Bagi aksi hari ini, kami menyenaraikan tiga pemain tumpuan yang dijangka bakal memainkan peranan penting sepanjang perlawanan berlangsung.
Milos Gordic (Kedah)
Menjadi antara pemain yang kerap menerima kritikan peminat pada awal musim ekoran imoak beliau di hadapan gawang gol kurang menyakinkan walaupun bertindak selaku penyerang utama.
Namun, Milos perlahan-lahan bangkit dengan cuba membuktikan dirinya bernilai buat Sang Kenari menerusi kerajinan serta kreativiti beliau untuk mengatur serangan bersama rakan sepasukan.
MILOS MULA LATIHAN PENUH BERSAMA SANG KENARI
Aksi Milos di sesi latihan semalam bersama rakan sepasukan lain.
📌 Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti pic.twitter.com/9g5xnHbWa7
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) April 2, 2024
Pemain ini mungkin kurang tajam di hadapan gawang gol, tetapi Milos antara bijak memerangkap pertahanan lawan serta kerap membuka peluang buat rakan sepasukan lain meledak gol.
Akmal Zahir (Kedah)
Pertahanan utama Kedah ini antara yang perlu diawasi pasukan lawan, kerana Akmal memiliki kemampuan yang cukup baik untuk menjadi salah seorang peledak gol.
Beraksi selaku pertahanan, keupayaan Akmal untuk menyerap tekanan lawan serta menghentikan momentum serangan boleh dianggap cukup menyakinkan selain beliau turut mempunyai kekuatan fizikal.
Jaringan Akmal Zahir ni mengingatkan kepada jaringan yang pernah disempurnakan penyerang import Kedah kelahiran Korea Selatan, Namkung Woong pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2014.
Hampir sama tapi tak serupa 😉 pic.twitter.com/nYgj09ZUIf
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) March 18, 2023
Selain itu, Akmal juga mempunyai keupayaan untuk menghidu setiap peluang terhidang dan kerap membantu posisi serangan menerusi kekuatan utama beliau daripada segi tandukan dan perebutan bola di udara.
Takumi Sasaki (Negeri Sembilan)
Nadi utama serangan Negeri Sembilan pada musim ini serta beliau turut dianggap sebagai antara pemain yang paling menyerlah di posisi serangan kelab tersebut.
Keupayaan tinggi Takumi jelas tidak boleh dipertikaikan lagi selepas beliau sudah membuktikannya dengan cukup baik sehingga meraih perhatian ramai.
𝐓𝐚𝐤𝐮𝐦𝐢 𝐒𝐚𝐬𝐚𝐤𝐢 𝐄𝐱𝐭𝐞𝐧𝐝𝐬 𝐂𝐨𝐧𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭 𝐰𝐢𝐭𝐡 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐅𝐂 𝐔𝐧𝐭𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔
Negeri Sembilan FC has secured the services of Takumi Sasaki, 26, for another year, extending his contract until April 30, 2026. pic.twitter.com/FQ29Lch4al
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) February 23, 2025
Bekas pemain kebangsaan Jepun ini tidak terarah kepada ketajaman sahaja, tetapi beliau turut mempunyai kelebihan tinggi daripada kawalan bola serta kreativiti melakukan hantaran kepada rakan sepasukan.