Milos Gordic Antara Tumpuan Utama Aksi Kuching City & Kedah

Penyerang Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Milos Gordic dijangka bakal menjadi antara tumpuan utama untuk aksi seterusnya membabitkan pasukan itu menghadapi cabaran Kuching City bagi saingan Liga Super 2024/2025.

Terdahulu, Sang Kenari bakal berkunjung ke gelanggang lawan dalam misi untuk meraih keputusan positif menghadapi cabaran daripada tuan rumah.

Rekod pertemuan kedua pasukan tersebut sebelum ini menyaksikan masing-masing terikat seri 1-1 ketika aksi berlangsung di Stadium Darul Aman (SDA) pada 26 Julai tahun lalu.

Jaringan Kedah ketika itu terhasil melalui Mohamad Hasbullah sebelum kelebihan tersebut dipadam penyerang import Kuching City, Jordan Mintah menerusi sepakan penalti.

Untuk aksi hari ini, dijangka Sang Kenari bakal menghadapi cabaran getir daripada pasukan tuan rumah yang sedang berada pada prestasi terbaik di saingan Liga Super.

Namun, Kuching City juga tidak boleh merekodkan sebarang kekalahan kerana perbezaan mata mereka bersama Kedah sangat tipis kini jika pasukan itu impi berada pada kedudukan lima terbaik.

Untuk aksi hari ini, Semuanya BOLA menyenaraikan tiga pemain tumpuan kedua pasukan tersebut yang dijangka bakal memainkan peranan besar sepanjang saingan berlangsung.

Milos Gordic

Penyerang ini antara pemain import Kedah yang masih kekal bersama kelab tersebut tatkala rakan sepasukannya sudah pun berhijrah bersama kelab baharu akibat masalah kewangan.

Walaupun dikritik pada awal musim akibat masalah prestasi selaku pemain import yang gagal memenuhi jangkaan semua, perlahan-lahan Gordic bangkit bersama corak permainan lebih matang.

Jaringan terbaharu Gordic ketika terikat seri bersama PDRM baru-baru ini sudah tentu menaikkan lagi motivasi beliau untuk menghadapi perlawanan seterusnya.

Jordan Mintah

Kredibiliti Mintah selaku penyerang utama Kuching City antara yang wajar menerima pujian pada saingan musim ini, selepas impak diberikannya cukup menyakinkan.

Walaupun tidak banyak rekod jaringan terhasil menerusi pemain tersebut kini, gerakan beliau bersama rakan sepasukan terdahulu banyak mengkucar kacirkan pertahanan lawan.

Salah satu kelebihan Mintah terarah kepada kelicikan beliau mengawal bola serta memiliki ketajaman cukup baik jika menerima umpanan daripada rakan sepasukan.

Ramadhan Saifullah

Hadir bersama Kuching City dengan membawa status pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT), bintang berusia 24 tahun ini mencetuskan revolusi baharu buat serangan kelab berkenaan.

Selain mempunyai kepantasan, Ramadhan juga memiliki kelincahan cukup baik daripada segi kawalan bola untuk mengatasi mana-mana pertahanan secara individu.

Malah, pemain sayap kiri itu juga mempunyai ketajaman cukup baik selain kreatif mencipta gerakan sebelum membuat hantaran kepada rakan sepasukan lain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN