Mikel Arteta: Tenang Semua, Kroenke Beri Sokongan Penuh Kepada Saya

Mikel Arteta

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta meminta supaya para penyokong Arsenal dapat kekal bertenang dan tidak menyerang pemilik pasukan, Stan Kroenke yang disifatkan sebagai punca kepada penurunan prestasi The Gunners beberapa tahun kebelakangan ini.

Kemarahan para penyokong Arsenal terhadap jutawan kelahiran Amerika Syarikat itu jelas dapat disaksikan apabila pesawat ringan yang melintasi Villa Park telah membawa sepanduk dengan mesej ‘Back Arteta, Kroenke Out’.

Keadaan tersebut membuatkan Arteta tampil untuk menasihati penyokong Arsenal supaya lebih tenang dan turut berpendapat bahawa Kroenke telah memberikan kerjasama yang cukup baik dengannya.

”Tidak, tidak, tidak. Saya merasakan Kroenke dan ahli lembaga pengarah dan pengarah sukan telah memberikan sokongan penuh buat saya.”

”Banyak perkara yang kita tidak ketahui, kami perlu untuk menunggu sedikit masa lagi untuk berada di sana. Tetapi sokongan yang diberikan oleh mereka, 100 peratus. Saya mempercayainya,” ujar Arteta menurut laporan Goal.

”Sudah semestinya [terus bersama kelab]. Para penyokong perlu untuk mempercayai apa yang telah saya katakan. Sekiranya tidak, saya tidak akan memperkatakan tentang perkara ini [sokongan penuh Kroenke].”

Arsenal yang tumpas 0-1 pada aksi bertemu Aston Villa pada awal pagi tadi terpaksa menelan kepahitan apabila buat pertama kali selepas 25 tahun, akan menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di luar kedudukan enam pasukan teratas.

Satu keadaan yang pastinya menyemarakkan lagi api kemarahan para penyokong setia Arsenal terhadap pemilik berusia 72 tahun itu. Kroenke disifatkan sebagai seorang yang ‘kedekut’ dalam mengeluarkan dana buat pasukan bagi mendapatkan pemain berkualiti.

Kredit featured image: Rui Vieira/Pool via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Mikel Arteta:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN