Mikel Arteta Setuju Syarat Untuk Jadi Pengurus Baharu Arsenal

Ianya semakin hampir menjadi realiti!

Bekas pemain Arsenal yang kini menjadi pembantu Pep Guardiola di Manchester City, Mikel Arteta kini hampir pasti menjadi pengurus baharu Arsenal bermula musim hadapan.

Menurut sumber di England, Arteta belum lagi menandatangani sebarang kontrak dengan Arsenal buat masa ini.

Akan tetapi, beliau dikatakan telah bersetuju dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Arsenal selepas duduk semeja dengan pihak pengurusan tertinggi kelab baru-baru ini.

MANCHESTER, ENGLAND – DECEMBER 10: Mikel Arteta, Coach of Manchester City arrives for the Premier League match between Manchester United and Manchester City at Old Trafford on December 10, 2017 in Manchester, England. (Photo by Victoria Haydn/Man City via Getty Images)

Menurut ketua eksekutif Ivan Gazidis, Arteta menjadi pilihan utama Arsenal adalah kerana mereka percaya dengan kebolehan pengurus muda.

Tambah beliau lagi, beliau yakin dengan pengurus muda akan membawa struktur bola sepak moden yang bakal diterjemah kepada pasukan.

Andai benar perjanjian ini terjadi, Arteta bakal menjadi pengurus pertama Arsenal selepas era 22 tahun bersama pengurus Arsene Wenger.

Dalam masa yang sama, Arteta dikatakan mahu membawa kumpulan staf kejurulatihan beliau sendiri ke Emirates dengan satu nama menjadi perhatian.

Nama yang dimaksudkan adalah pemain Arsenal yang baru saja baik dari kecederaan – Santi Carzola.

Arteta dikatakan bersedia untuk menjadikan Carzola sebagai salah seorang staf kejurulatihan baharu Arsenal.

Sementara bagi 2 staf sedia ada iaitu Steve Bould dan juga bekas penjaga gol Arsenal Jens Lehmann masih belum lagi dapat ditentukan walaupun kontrak baharu telah ditawarkan kepada mereka.

Mampukah Arteta membawa kejayaan kepada Arsenal? Sama-sama kita nantikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN