Pengurus baharu Arsenal, Mikel Arteta percaya pemain tengah, Granit Xhaka mampu memulihkan hubungannya dengan penyokong dan akan menjadi pemain yang penting untuk pasukan itu pada masa hadapan.
Pemain antarabangsa Switzerland itu pada bulan Oktober telah menimbulkan kemarahan penyokong apabila memberikan reaksi yang tidak wajar sewaktu dikeluarkan dalam perlawanan menentang Crystal Palace dan telah dilucutkan jawatan kapten pasukan oleh bekas pengurus, Unai Emery.
Pemain berusia 27 tahun itu kini berpeluang untuk kembali bersama pasukan dengan Arteta akan memberikan sokongan penuh kepada pemain itu dan sedia untuk menurunkannya bertemu Bournemouth.
“Apabila saya tinggalkan Arsenal untuk menjadi jurulatih di Manchester City, kami sedang mencari pemain yang sesuai di posisi [tengah] tersebut. Dia [Xhaka] adalah salah seorang daripada pemain yang saya senaraikan,” kata Arteta.
“Saya gembira apabila mendapat tahu Arsenal menandatanganinya kerana saya percaya dia akan menjadi pemain yang hebat. Dia telah melakukan perkara yang baik tetapi sekarang dia ‘tersangkut’ dalam situasi yang sukar yang semakin lama semakin teruk dan akhirnya ‘meletus’.
Xhaka: I’m very proud to join Arsenal. I will give everything to help Arsenal win trophies and make the fans happy. pic.twitter.com/bgeHvWKiMn
— ARSENAL (@tomgunner14) May 25, 2016
“Namun saya teruja untuk melihat hubungan itu sedikit demi sedikit semakin pulih dan penyokong sudah mula lebih positif dengannya. Ianya tentu sukar untuk berubah sepenuhnya, tetapi saya percaya ianya menuju arah yang betul.”
Media Jermin sebelum ini melaporkan Xhaka telah dikaitkan dengan perpindahan ke Hertha Berlin tetapi Arteta menegaskan beliau telah bercakap dengan pemain tersebut mengenai masa depannya di Arsenal.
“Saya telah maklumkan kepadanya betapa saya meminati beliau, apa yang saya harapkan darinya dan betapa pentingnya dia kepada pasukan,” tambah Arteta lagi.
“Saya di sini untuk membantunya, saya mahu dia merasakan kami berdiri teguh dibelakangnya. Jika kami dan kembalikan kepercayaan penyokong dengan cara yang betul, ianya bukan sahaja akan membantu dia tetapi seluruh pasukan.”