Mikel Arteta Sahkan Dirinya Dah Pulih COVID-19

Mikel Arteta mengesahkan dirinya sudah pulih sepenuhnya dari wabak penyakit COVID-19. Pengurus Arsenal itu mendedahkan perkembangan terbarunya itu melalui temuramah kepada setesen TV di Sepanyol.

Pada 12 Mac lepas, Mikel Arteta menjadi pengurus Premier League pertama yang diuji positif COVID-19. Ini memaksa perlawanan liga Arsenal menentang Brighton & Hove Albions yang sepatutnya berlangsung pada 14 Mac ditangguhkan.

Premier League kemudiannya menangguhkan semua perlawanan liga sehingga 3 April.

Arteta dilaporkan mula sakit-sakit selepas Evangelos Marinakis, pemilik Olympiakos – pasukan Greece yang menewaskan Arsenal dalam saingan UEFA Europa League pada Februari – sah positif COVID-19 pada 10 Mac.

Bercakap kepada stesen TV La Sexta, Arteta berkata kesihatan beliau kini semakin pulih dan merasakan dirinya sudah sembuh sepenuhnya.

“Saya mengambil tiga ke empat hari untuk mula rasa elok sikit, untuk ada tenaga sikit dan untuk pulih dari simptom penyakit tersebut.”

Pemain Arsenal pada asalnya dijadualkan akan melaporkan diri untuk latihan pada hari ini (Selasa, 24 Mac) selepas melengkapkan kuarantin sendiri selama 14 hari susulan kes positif Arteta. Tetapi sumber rasmi kelab mengesahkan latihan itu ditunda lagi.

“Mengikut situasi sekarang, jelas tak sesuai dan bertanggungjawab untuk pemain turun ke latihan ketika ini,” menurut Arsenal dalam kenyataan rasmi di laman sesawangnya.

“Jadi pasukan senior lelaki, wanita dan akademi akan kekal berada di rumah.”

Arteta turut memberitahu beliau mula sedar beliau ada kemungkinan menghidapi COVID-19 selepas mendapat panggilan telefon dari ahli lembaga pengarah kelab.

“Saya dapat panggilan telefon dari ahli lembaga pengarah selepas latihan di kereta saya. Mereka memberitahu saya yang presiden Olmpiakos telah disahkan positif COVID-19. Jadi semua orang yang bersentuhan dengan pemain Olympiakos berada dalam risiko [dijangkiti].”

“Saya kemudiannya memberitahu mereka yang saya memang tengah kurang sihat dan mungkin kita ada masalah sebab ramai pemain kami yang bersentuhan dengan pemain mereka.”

“Esoknya kami menentang Manchester City. Memang nampak sangat kami tak boleh teruskan perlawanan kerana ia bermakna kami bahayakan nyawa orang lain kalau tak cakap apa-apa.”

“Semua orang yang bersentuhan dengan saya kena masuk kuarantin. Dan akhirnya perlawanan kena tunda.”

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Mikel Arteta di bawah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN