Mikel Arteta: Peranan Baharu Kelihatan Sesuai Buat Alexandre Lacazette

Alexandre Lacazette

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta nyata berpuas hati dengan peranan baharu yang dimainkan oleh Alexandre Lacazette ketika membantu The Gunners mencatatkan kemenangan 4-1 ke atas SK Rapid Wien dalam aksi Liga Europa (UEL) 2020/21, awal pagi tadi.

Tidak seperti kebiasaan, perlawanan di Emirates Stadium itu menyaksikan Arteta meletakkan Lacazette di posisi tengah menyerang untuk membantu penyerang, Eddie Nketiah. Perubahan tersebut dilihat membuahkan hasil apabila pemain kelahiran Lyon itu berjaya meledakkan jaringan pendahuluan seawal minit ke-10.

Dua lagi gol Arsenal pada separuh masa pertama disumbangkan oleh Pablo Mari dan Nketiah. Kota Kitagawa memberikan sedikit harapan buat pasukan pelawat untuk bangkit apabila merapatkan kembali kedudukan pada minit ke-47.

Bagaimanapun, pemain muda, Emile Smith-Rowe melengkapkan kemenangan selesa Arsenal hanya selepas tiga minit dimasukkan [minit ke-66] untuk mengekalkan rekod kemenangan bersih mereka selepas mengharungi lima perlawanan.

Sehubungan dengan itu, Arteta melihat perubahan peranan dinikmati Lacazette membuahkan hasil dan kelihatan cukup sesuai dengan pemain tersebut.

”Dia [Alexandre Lacazette] bermain dengan cukup baik di posisi tersebut,” ujar Arteta menurut laporan yang dikeluarkan Goal.

”[Peranan] ia cukup sesuai dengannya. Dia beraksi dengan sangat baik dalam menghubungkan permainan [buat Nketiah].”

”Dia telah bekerja keras dan berjaya menjaringkan satu gol yang sangat cantik.”

Lacazette memulakan kempen 2020/21 dengan cemerlang apabila menjaringkan tiga gol dalam tiga perlawanan berbeza pada awal saingan Liga Perdana Inggeris. Tetapi, selepas itu segalanya seperti tidak menjadi buatnya selepas beliau ketandusan jaringan pada lapan perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan disertai.

Jaringan dan peranan baharu diberikan oleh Arteta ini mungkin dapat memberikan sinar baharu buat Lacazette.

Kredit featured image: Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Alexandre Lacazette: 

Alexandre Lacazette Hanya Mahu Fokus Dapatkan Piala, Tiada Rasa Cemburu Terhadap Aubameyang

3 Sebab Arsenal Mesti Utamakan Eddie Nketiah Berbanding Lacazette

UEL 2019/20: Arteta Gembira Saka Tolong Lacazette

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN