Mikel Arteta: Pemain Arsenal Perlukan Persaingan

Arteta

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta nyata tidak berkompromi dalam membangunkan pasukannya dan mahu para pemain The Gunners mewujudkan persaingan sesama sendiri untuk merebut tempat di kesebelasan utama pasukan.

Kenyataan itu ada asasnya selepas beliau telah membawa masuk dua pemain pertahanan iaitu Pablo Mari dan Cedric Soares secara pinjaman dalam usaha Arteta memperkuatkan lagi jentera pertahanan skuad bimbingannya itu.

Menurut sumber Goal, Arteta turut mengakui bahawa pasukannya memerlukan lebih ramai pemain untuk mewujudkan persaingan bagi mengisi satu-satu posisi tersebut.

”Kelab ini memerlukan persaingan antara dua atau tiga pemain di setiap posisi. Sekiranya mereka mampu untuk bertanding dan bersaing bagi membuktikan mereka lebih baik berbanding pemain lain, mereka akan diturunkan, jika tidak orang lain yang akan beraksi.”

Embed from Getty Images

”Pemain akan diberikan peluang memulakan permainan [kesebelasan utama] sekiranya mereka benar-benar layak untuk beraksi dan jika mereka mampu beraksi dengan baik pada tahap kelab ini,” ujar Arteta bercakap kepada Goal.

”Kami mempunyai beberapa keperluan di kawasan tertentu, menurunkan beberapa pemain di posisi yang bukan merupakan posisi sebenar mereka. Dengan lebih masa, saya mahu memiliki pemain yang pakar di setiap posisi untuk melakukan apa yang kami mahukan.”

Keadaan itu sudah pastinya merujuk kepada dua pemain pemain muda, Ainsley Maitland-Niles dan Bukayo Saka yang terpaksa beraksi di posisi yang bukanlah posisi utama bagi mereka.

”Tetapi Ainsley berjaya menyesuaikan diri dengan baik mengisi posisi tersebut, begitu juga dengan Bukayo. Mereka sangat membantu sehingga mereka boleh bermain di posisi itu, tetapi secara semulajadinya mereka merupakan pemain dengan ciri-ciri yang berbeza.”

Arsenal yang kini menghuni tangga ke-10 Liga Perdana Inggeris 2019/20 selepas mengumpul 30 mata akan berkunjung ke Turf Moor bagi perhitungan menentang Burnley, malam esok.

Kredit foto: Robin Jones – AFC Bournemouth/AFC Bournemouth via Getty Images

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN