Mikel Arteta Kata Sukar Untuk Mesut Ozil Buat ‘Comeback’ Dengan Arsenal ‘Baharu’

mikel arteta mesut ozil arsenal

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta menjelaskan yang situasi kian sukar buat pemain tengah, Mesut Ozil untuk berada dalam kesebelasan utama Arsenal ketika ini.

Menurutnya, Arsenal sudah semakin berkembang dengan baik biarpun tanpa pemain tersebut dalam beberapa perlawanan setakat ini. Selain itu, beliau berkata yang beliau melakukan tugasnya dengan memilih pemain terbaik untuk diturunkan setiap minggu.

Skuad sedang berkembang dengan baik

Arsenal meraih kemenangan berharga ke atas Leicester City dengan keputusan 2-0 dalam pusingan ke-3, Carabao Cup awal pagi tadi hasil jaringan sendiri pertahanan, Christian Fuchs dan penyerang muda, Eddie Nketiah di penghujung perlawanan.

Keputusan baik buat Arteta sejak permulaan musim 2020/21, bermula dengan gelaran Community Shield – menang menerusi sepakan penalti berdepan Liverpool, sebelum memenangi dua aksi liga selepas itu ke atas Fulham dan West Ham.

https://twitter.com/WorldwideAFC/status/1308902094536151040

“Skuad ini sedang berkembang baik dan anda dapat lihat tahap yang mereka sedang capai kini. Kami mahu terus berkembang maju dan juga bermain dengan lebih baik, jadi kami perlu kekalkan tahap itu,” jelas Arteta selepas perlawanan tersebut.

Arsenal turun dengan membuat tujuh perubahan pemain tetapi tetap membariskan skuad yang kuat antaranya pertahanan, David Luiz. Pemain muda, Eddie Nketiah pula tampil untuk posisi penyerang utama menggantikan Alexandre Lacazette.

Sukar buat semua pemain termasuk Ozil

Walaupun membuat tujuh pertukaran pemain, Arteta masih seakan-akan sukar untuk menyenaraikan Mesut Ozil untuk posisi tengah yang diterajui oleh Joe Willock dan Mohamed Elneny, menunjukkan yang mungkin sudah tiada tempat buat pemain itu.

Katanya, “Saya cuba untuk memilih pemain yang menurut saya, berada pada tahap yang terbaik. Kami memilih pemain yang kami percaya mereka adalah yang terbaik untuk perlawanan tersebut dan seperti yang anda lihat, ia sentiasa berubah.”

Menurutnya lagi, sangat sukar buat para jurulatih dalam menentukan pemain terbaik untuk setiap perlawanan dengan prestasi yang The Gunners sedang tampilkan ketika ini. Menurutnya lagi, “Bukan hanya untuk Mesut [Ozil] tetapi semua pemain.”

Arteta dilihat kurang memberikan jawapan kepada persoalan mengenai masa depan pemainnya dengan berkata yang semua pemain perlu bersaing untuk tempat mereka. Selain Ozil, masa depan Lucas Torreira juga menjadi persoalan semua.

Penutup

Wartawan turut bertanya kepada Arteta, adakah beliau faham mengapa terlalu banyak persoalan mengenai Mesut Ozil kepadanya dan beliau jelas memahami dan menghormati soalan-soalan daripada media mengenai pemain-pemainnya.

“Saya sedang berusaha menjalankan tugas saya dengan seadilnya,” tegas Arteta sambil menyatakan mereka harus membuat persiapan rapi untuk melalui dua perlawanan sukar berturut-turut berdepan lawan yang sama iaitu Liverpool.

KREDIT FEATURED IMAGE: GETTY IMAGES

Baca lagi artikel mengenai Mikel Arteta dan Mesut Ozil:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN