Mike Dean Pengadil Man Utd vs Arsenal, Penyokong Arsenal Pasrah Awal-Awal

Sebahagian penyokong Arsenal sudah mengangkat bendera putih awal-awal lagi sebaik sahaja mengetahui Mike Dean akan mengadili perlawanan menentang Manchester United.

Salah satu perlawanan Premier League yang bakal menjadi tumpuan pada hujung minggu nanti adalah Manchester United menentang Arsenal yang bakal berlangsung di Old Trafford pada awal pagi Isnin (waktu Malaysia) nanti.

Kedua-dua pasukan masih bergelumang dalam kelompok pertengahan liga. Arsenal di tangga ke-11. United pula di tangga ke-15, kekurangan satu perlawanan dan ketinggalan dua mata berbanding Arsenal.

Meskipun perlawanan masih lagi belum berlangsung, sudah ada sebahagian penyokong Arsenal yang menyerah kalah awal-awal. Mengapa?

Ini kerana gara-gara Mike Dean yang telah disahkan akan menjadi pengadil perlawanan tersebut.

Dean, 52, terkenal dengan reputasinya sebagai pengadil berkontroversi. Dalam 513 perlawanan liga yang diadilinya, Dean mengeluarkan kad merah paling banyak (105) dan menghadiahkan penalti paling banyak (173) berbanding mana-mana pengadil lain dalam sejarah Premier League.

Kontroversi Dean dengan Arsenal

Ada sebab mengapa penyokong Arsenal kurang senang dengan Mike Dean. Pada Disember 2017, Dean menghadiahkan penalti kepada West Brom yang mengakibatkan Arsenal sekadar seri 1-1. Selepas perlawanan, Arsene Wenger pula digantung tiga perlawanan dan didenda £40,000 kerana memanggil Dean ‘memalukan’ dan ‘tak jujur’.

Semasa North London Derby pada 2012, Dean pernah dikesan ‘meraikan’ gol pembukaan Louis Saha (penyerang Tottenham Hotspur) di Emirates Stadium.

Insiden pada 2012 ini menimbulkan persepsi dalam kalangan penyokong Arsenal kononnya Dean adalah penyokong Spurs, walaupun Dean sebenarnya berasal dari Wirral (sebuah pekan di Merseyside, Liverpool).

Penyokong Arsenal juga melaporkan statistik yang menarik untuk menyokong hujah permusuhan mereka dengan Dean.

Menurut statistik dari Transfermarkt, The Red Devils telah diberikan 18 penalti – paling banyak berbanding mana-mana pasukan Premier League – dan menang 40 perlawanan dalam 74 perlawanan yang diadili oleh Dean.

Arsenal pula hanya menerima enam penalti – paling sedikit dalam kalangan enam pasukan terbesar Premier League – dan menang 36 perlawanan dalam 75 perlawanan yang diadili oleh Dean.

Kedua-dua pasukan pernah diberikan enam kad merah oleh Dean.

Dan dalam enam perlawanan Premier League antara Manchester United dan Liverpool yang diadili oleh Dean, Manchester United menang empat dan seri dua kali.

Kontroversi Dean dengan Manchester United

Sementara itu, penyokong Manchester United juga tidak senang dengan berita Mike Dean akan mengadili perlawanan awal pagi Isnin nanti.

Dean terkenal dalam kalangan penyokong The Red Devils kerana beberapa keputusan kontroversinya ketika mengadili Manchester Derby.

Dalam enam Manchester Derby yang diadili oleh Dean, United hanya pernah menang sekali iaitu ketika dalam pusingan keempat League Cup 2016/17.

Lima lagi dimenangi oleh Manchester City.

Rekod Mike Dean dalam perlawanan Manchester United vs Arsenal

(16/05/2009) Man Utd 0-0 Arsenal – kad kuning: 5 (semuanya Arsenal), kad merah: 0, penalti: 0

(29/08/2009) Man Utd 2-1 Arsenal – kad kuning: 9 (3 Man Utd, 6 Arsenal), kad merah: 0, penalti: 1 (Man Utd)

(22/01/2012) Arsenal 1-2 Man Utd – kad kuning: 7 (5 Arsenal, 2 Man Utd), kad merah: 0, penalti: 0

(03/11/2012) Man Utd 2-1 Arsenal – kad kuning: 7 (5 Man Utd, 2 Arsenal), kad merah: 1 (Jack Wilshere, Arsenal), penalti: 1 (Man Utd)

(22/11/2014) Arsenal 1-2 Man Utd – kad kuning: 3 (2 Arsenal, 1 Man Utd), kad merah: 0, penalti: 0

(17/05/2015) Man Utd 1-1 Arsenal – kad kuning: 1 (Man Utd), kad merah: 0, penalti: 0

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Petr Cech: Sebelum Musim Bermula, Pengadil Selalu Terangkan Kepada Kami Situasi Ini Bukan Penalti

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN