3 Pemain MIFA Kantoi Rasuah, Subahan Kamal Puji SPRM

Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal menerusi kenyataannya di laman rasmi FAM menyokong penuh usaha pro-aktif SPRM dalam membanteras gejala rasuah dalam bola sepak.

Datuk Seri Subahan Kamal mengucapkan tahniah kepada SPRM yang membongkar kegiatan tidak bermoral 3 pemain Malaysia Indian Football Association (MIFA) yang terlibat dalam skandal mengatur perlawanan.

Ini juga amaran kepada semua pihak bahawa gerak-geri mereka di dalam perhatian SPRM.

Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin nyata kecewa dengan berita ini dan menyifatkan sikap kejutan budaya para pemain antara punca.

Tiga pemain MIFA telah ditahan oleh SPRM. 2 daripadanya adalah pemain tempatan, manakala seorang lagi adalah pemain import.

Mereka telah menerima sogokan bernilai sekitar RM10,000 dan RM30,000 untuk memanipulasi keputusan perlawanan dalam kempen Liga Perdana.

Ini membawa kepada penahanan seorang bookie yang berusia 47 tahun. Suspek ditahan dan direman selama 6 hari.

Khairy difahamkan, MIFA adalah sebuah pasukan yang tidak menawarkan gaji tinggi kepada pemain.

Gambar: Fourth Official

Sikap segelintir pemain yang mahu terikut-ikut gaya hidup mewah pemain bintang lain di Liga Malaysia telah menjadi punca masalah ini.

Selain itu, Liga Premier semakin menjadi perhatian kerana kualiti dan beberapa keputusan yang mengejutkan dicipta pasukan underdog.

Ini yang membuatkan bookie semakin berani untuk membayar pemain-pemain dengan jumlah besar.

Khairy Jamaluddin berharap penangkapan ini akan dijadikan pengajaran kepada pemain-pemain yang lain.

Datuk Seri Subahan Kamal juga berkata:

“FAM amat mengalu-alukan SPRM untuk terus memantau semua pemain dan pegawai pasukan di dalam Liga Malaysia serta para pegawai di dalam FAM bagi membanteras gejala mengatur perlawanan dan rasuah.”

Baca juga: 3 Pemain Liga Perdana Ditahan SPRM Kerana Isu Rasuah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN