MIFA Enggan Dilabel Sebagai Sekadar Pasukan Pelengkap Dalam Saingan Liga Super 2019

MIFA

Persatuan Bolasepak India Malaysia (MIFA) memberikan amaran bahawa penampilan pertama mereka di pentas Liga Super bukan sekadar menjadi pelengkap jadual Liga Malaysia (Liga-M)

Sebaliknya MIFA menegaskan mereka telah bersedia untuk mencabar keupayaan sendiri dan bersaing bersama pasukan-pasukan elit Liga-M dengan misi terus kekal berada dalam kempen Liga Super musim depan.

Itulah diakui penolong Setiausaha Agung MIFA, K Anpananthan yang turut mengakui teruja dan berdebar untuk menyaksikan perjuangan MIFA yang menduduki tangga ketiga Liga Premier musim lalu, di liga utama negara pada tahun ini.

Bagaimanapun Anpananthan meramalkan tugas MIFA tidak semudah yang dijangka selepas beliau membayangkan persaingan Liga Super musim ini lebih kompetitif berlaku jika dibandingkan tahun ini.

“Pertama kami sangat gembira dan berbangga selepas dapat melihat MIFA bakal melakarkan sejarah membuat ‘debut’ Liga Super pada tahun ini.

“Saya mahu memuji persembahan positif daripada MIFA dalam saingan Liga Premier musim lalu yang mana sebenarnya kami sekadar mensasarkan kelompok lima terbaik tapi berjaya menamatkan saingan di tangga ketiga.

“Sudah pasti kami mahu meneruskan prestasi cemerlang di Liga Super tetapi ia tidak akan menjadi mudah kerana kami menyedari cabaran getir bakal menanti MIFA yang menjadi ‘pendatang baharu’ pada musim ini.

“Kami akui kami bukan pilihan tetapi ia tidak bermakna kami akan cepat menyerah kalah. MIFA serius mahu memberikan cabaran dan kehadiran kami bukan sekadar pelengkap jadual,” katanya kepada media Malaysian Football League (MFL).

Terdahulu, MIFA sah akan mengisi slot ke Liga Super 2019 menggantikan naib juara Liga Premier 2018, Felcra FC yang menarik diri akibat masalah kewangan yang serius, bersama Felda United yang layak secara automatik sebagai juara Liga Premier 2018.

Keputusan itu diambil Lembaga Pengarah MFL bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan pasukan Felcra FC supaya memenuhi kuota 12 pasukan dalam saingan Liga Super musim depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN