MIFA Bakal Dikenali Sebagai Petaling Jaya City Musim Depan?

Persatuan Bolasepak India Malaysia (MIFA) kemungkinan akan dijenamakan semula dengan penukaran nama pasukan dan logo baharu selepas mereka mendapat tajaan yang besar bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Sebagai pasukan yang menduduki tempat ketiga Liga Premier 2018, MIFA dinaikkan pangkat ke Liga Super 2019 bagi menggantikan slot naib juara Liga Premier 2018, FELCRA FC yang telah menarik diri akibat masalah kewangan.

Menyedari beraksi dalam saingan Liga Super memerlukan perbelanjaan yang besar, mereka berjaya mendapat tajaan besar daripada entiti swasta menurut laporan daripada Berita Harian.

Presiden MIFA, Datuk T Mohan mengesahkan perkembangan itu tetap enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenai entiti swasta tersebut.

Beliau juga turut mengesahkan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bakal menjadi gelanggang rasmi mereka.

“Kami ada rakan kerjasama baharu, ini akan mengambil sedikit masa, jadi kami mengharapkan semuanya dapat diselesaikan sebelum saingan liga bermula.

“Kami akan membuat pengumuman mengenai beberapa penaja kerana sebelum ini dana diperoleh daripada Kongres India Malaysia (MIC), namun selepas pertukaran kerajaan, kami tidak lagi boleh berbuat demikian.

“Apa yang boleh saya katakan adalah penaja baharu ini sememangnya bersemangat mengenai bola sepak dan Stadium MBPJ akan menjadi gelanggang baharu kami,” katanya dalam Berita harian.

MIFA

Tony Fernandes pemilik baharu MIFA ?

Terdapat khabar angin di media sosial menyatakan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes sebagai pelabur baharu MIFA susulan syarikat penerbangan tambang rendah itu sudah memberikan penajaan RM4 juta untuk tempoh lima tahun bagi tujuan penjenamaan dan penambahbaikan Stadium MBPJ pada 2017.

Sebelum ini Tony memiliki sebuah kelab tempatan yang beraksi dalam saingan Piala FAM iaitu Petaling Jaya Rangers (PJ Rangers). Walaubagaimanapun musim ini mereka membuat keputusan untuk menarik diri kerana ingin menumpukan kepada program pembangunan akar umbi.

Malah, MIFA juga mahu mencabar pasukan gergasi tempatan sambil menyasarkan untuk meraih sekurang-kurangnya satu trofi dengan kemasukan beberapa pemain berkualiti dengan adanya jumlah tajaan yang lebih besar.

“Berdasarkan tajaan yang akan masuk, kami mahu mengikat pemain yang lebih baik dan dengan pengalaman K Devan sebagai jurulatih, kami optimis untuk merangkul sekurang-kurangnya satu trofi.

“Devan akan memuktamadkan pemain sebelum kami melancarkan pasukan secara rasmi. Saya yakin dia akan memilih pemain yang terbaik kerana kita memerlukan pasukan yang lebih mantap untuk bersaing dalam Liga Super,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN