Middlesbrough Lantik Jonathan Woodgate Selaku Pengurus Pasukan

Kelab EFL Championship, Middlesbrough telah mengumumkan bahawa mereka melantik bekas pemain mereka selaku pengurus. Tidak lain tidak bukan ialah Jonathan Woodgate.

Tidak asing lagi

Bekas pertahanan Boro kelahiran England, Woodgate itu telah menandatangani kontrak selama tiga tahun. Beliau merupakan antara pemain Middlesbrough ketika kelab itu berstatus Liga Perdana Inggeris.

Jawatan pengurus di Middlesbrough kosong apabila Tony Pulis meletakkan jawatan. Pulis meletakkan jawatan kerana gagal membawa kelab itu memasuki slot play-off EFL Championship pada musim yang baru berakhir.

Woodgate mengakui menjadi pengurus di bandar kelahirannya merupakan satu kebanggaan buat dirinya.

Pakej kejutan

Woodgate dan Keane diperkenalkan secara rasmi oleh Middlesbrough, Sumber: Irishtimes.com

Pengurus muda berusia 39 tahun ini akan dibantu oleh Robbie Keane. Duo ini pernah bersama seketika di Tottenham Hotspur.

Selain menjadi pemain Boro, Woodgate pernah menjadi pemain Real Madrid dan Tottenham Hotspur. Pengalaman menjadi pemain kelab terkemuka bakal membantu kelab itu mencabar slot ke Liga Perdana Inggeris.

Woodgate menamatkan karier pemain pada Mei 2016 selepas Middlesbrough mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontraknya.

Sejak beberapa musim lalu, agak ramai pengurus yang dahulunya pemain untuk kelab Liga Perdana Inggeris dilantik sebagai pengurus. Bukan Frank Lampard dan Steven Gerrard sahaja, malah Sol Campbell, Lee Bowyer dan ramai lagi!

Pengurus datang pergi

LONDON, ENGLAND – OCTOBER 28: West Ham United manager Slaven Bilic during the Premier League match between Crystal Palace and West Ham United at Selhurst Park on October 28, 2017 in London, England. (Photo by Rob Newell – CameraSport via Getty Images)

Musim 2019/20 belum bermula tetapi sudah ada rombakan berlaku. Contohnya, Slaven Bilic telah dilantik selaku pengurus West Bromwich Albion.

Bilic telah pun bersetuju dengan kontrak dua tahun yang ditawarkan oleh Albion. Beliau pernah bersama West Ham United.

Birmingham City mengambil keputusan drastik dengan menyingkirkan Garry Monk. Monk bersama kelab itu hanya 15 bulan.

Nampaknya iklan jawatan kosong untuk kelab Birmingham sudah ada!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN