Michu: Keraian Jaringan Haaland Satu Penghormatan Buat Saya

Erling Haaland

Bekas tonggak utama Swansea City, Michu mendedahkan adalah satu penghormatan buat beliau apabila penyerang muda Norway, Erling Haaland melakukan keraian jaringan yang sinonim dengan dirinya sewaktu beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), satu ketika dahulu.

Keraian jaringan dengan menggoyangkan tangan yang diletakkan berhampiran dengan telinganya menjadi antara perkara membuatkan para peminat EPL tidak akan melupakan bekas pemain kelahiran Sepanyol tersebut.

Gaya yang dilakukan oleh Haaland ketika menjaringkan dua gol dalam menewaskan Ireland Utara itu sebenarnya tidak menghairankan kerana beliau sememangnya menjadikan Michu sebagai idolanya dalam bola sepak.

Haaland turut meletakkan tanda nama akaun Twitter rasmi milik Michu pada gambar keraian jaringannya selepas perlawanan di Windsor Park itu.

Dalam pada itu, tanpa berselindung Michu turut mendedahkan sebab mengapa beliau memilih untuk meraikan setiap jaringan yang dihasilkannya dengan cara sedemikian rupa.

”Apabila anda menjaringkan gol, anda tidak akan mendengar kritikan yang dilemparkan oleh semua orang pada ketika itu.”

”Saya tidak tahu sama ada Haaland melakukannya sebab itu, tetapi ia merupakan satu penghormatan apabila dia meraikan jaringan seperti itu.”

”Bagi saya, dia merupakan salah seorang penyerang terbaik di Eropah,” ujar Michu menurut laporan Sport Bible.

Embed from Getty Images

Dalam pada itu, Michu turut mengagumi kualiti yang ada pada penyerang berusia 20 tahun itu dan beranggapan beliau akan menyertai kelab gergasi Eropah pada satu masa nanti.

”Dia mempunyai segalanya. Masih muda, penjaring gol, sangat pantas walaupun dengan ketinggiannya, dia juga sangat baik menggunakan kedua-dua kakinya.”

”Saya merasakan dia mampu untuk menjadi salah seorang daripada penyerang terbaik di Eropah. Dia masih terlalu muda, kita akan melihat dia beraksi bersama pasukan hebat seperti Real Madrid, Manchester City, Bayern Munich.”

Kredit featured image: Twitter Erling Haaland

Baca artikel lain dari kami mengenai Michu dan Haaland:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN