Kerana Kecederaan, Bekas Penyerang Swansea City Michu Terpaksa Bersara Awal

Masih ingat lagi dengan Michu? Pemain yang mencipta perhatian hebat dek kerana persembahan memukau beliau bersama Swansea City sekitar tahun 2012.

Aksi memukau beliau itu telah berjaya menarik perhatian banyak kelab Premier League selepas beliau membantu Swansea City memperoleh gelaran utama sulung mereka iaitu English League Cup.

Rekod 22 gol daripada 43 penampilan membolehkan beliau menjadi buruan kelab utama Premier League dengan ketika itu, Arsenal merupakan kelab yang cukup gemar akan khidmatnya.

Michu ketika era gemilangnya bersama Swansea City terkenal dengan keraian gol seperti ini.

Namun begitu, semuanya menjadi serba tak menjadi kepada Michu apabila beliau menerima kecederaan.

Kecederaan yang dialaminya menurunkan prestasi beliau dan selepas itu bermulalah zaman kejatuhan pemain ini.

Beliau pernah dipinjamkan ke Napoli, bermain di kelab divisyen 4 Sepanyol dan juga kembali ke kelab asalnya iaitu Oviedo.

Namun begitu, ia semua tidak mampu mengembalikan era gemilang pemain ini apabila kecederaan sering menghantuinya.

Michu akhirnya membuat keputusan untuk bersara dari bermain bola sepak seawal 31 tahun selepas beliau merasakan beliau tidak lagi mampu untuk meneruskan karier beliau.

Menurut laporan di Sepanyol, laporan perubatan mengenai kecederaan Michu belum lagi dikeluarkan akan tetapi pemain itu sudah pun menerima takdir yang beliau kini tidak mampu lagi bermain bola sepak.

Kini, Michu merancang untuk menyertai dunia kejurulatihan atau bidang pengarah dalam bola sepak.

Jika anda tidak kenal siapa Michu yang kami gembar-gemburkan ini, nikmatilah video kehebatan pemain ini yang pernah menggegar Premier League satu masa dahulu.

Selamat bersara, Michu.

Sumber:

  1. Inside Welsh Football (2017): Former Swansea City forward Michu retires from professional football; http://www.insidewelshfootball.co.uk/loved-swansea-forward-michu-retires/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN