Micheal Owen Yakin Eden Hazard & Harry Kane Sesuai Buat Real Madrid

Real Madrid

Bekas penyerang skuad kebangsaan England, Micheal Owen yakin bahawa dua bintang dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL), Eden Hazard dan Harry Kane merupakan pemain yang sesuai buat Real Madrid.

Nama kedua-dua pemain tersebut sudah lama berada dalam radar Los Blancos dan sejak kehadiran semula Zinedine Zidane, spekulasi ini semakin kuat kedengaran.

SOUTHAMPTON, ENGLAND – MARCH 09: Harry Kane of Tottenham Hotspur shoots as he is challenged by Maya Yoshida of Southampton during the Premier League match between Southampton FC and Tottenham Hotspur at St Mary’s Stadium on March 09, 2019 in Southampton, United Kingdom. (Photo by Christopher Lee/Getty Images)

Real Madrid ketika ini ternyata amat merindui sentuhan magik daripada Cristiano Ronaldo yang sudah meninggalkan Santiago Bernabeu pada musim panas lalu untuk bersama Juventus.

Sehubungan dengan itu, Owen berpendapat bahawa Hazard dan Kane adalah calon yang sesuai serta mampu untuk menempa kejayaan bersama gergasi Sepanyol tersebut.

”Terdapat ramai pemain dan pasukan yang baik dalam Liga Perdana Inggeris. Kita boleh melihat mereka beraksi dengan baik di Liga Juara-Juara Eropah.”

”Sudah tentu mereka sesuai di Real Madrid. (Harry) Kane sangat baik, (Eden) Hazard adalah sangat, sangat baik. Kedua-dua mereka merupakan pemain yang cemerlang, tanpa sebarang keraguan.”

Menurut sumber Goal, Owen turut menjelaskan bahawa amat mustahil buat Real Madrid untuk mencari pengganti kepada Cristiano Ronaldo.

”Tidak mungkin untuk menggantikan pemain seperti Cristiano (Ronaldo). Kelab kecil mungkin boleh untuk menandatangani ramai pemain tetapi bagi kelab besar, mereka hanya mempunyai pilihan pemain yang terhad untuk mencari pemain.”

LONDON, ENGLAND – MARCH 10: Eden Hazard of Chelsea is surrounded by Wolves defenders during the Premier League match between Chelsea FC and Wolverhampton Wanderers at Stamford Bridge on March 10, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

”Mungkin hanya ada 10 pemain dalam dunia yang boleh dibawa masuk oleh Real Madrid. Ia sangat menyulitkan.”

Selain dari mencipta kegemilangan bersama Liverpool, Micheal Owen juga pernah beraksi untuk Real Madrid pada musim 2004/05.

Kredit foto: Express UK

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN