Micheal Owen Dikecam Kerana Meraikan Gol Kemenangan Barcelona

Adakah Micheal Owen berhak dikecam atas tindakan beliau semalam ketika berada di studio BT Sport?

Lagenda bola sepak dan juga pengacara rancangan di BT Sport, Gary Lineker bersama para penganalisis untuk perlawanan diantara Barcelona dan Paris Saint-Germain iaitu Steven Gerrard, Rio Ferdinand dan juga Micheal Owen meraikan gol Barcelona semalam.

Mereka meraikan dengan cara yang cukup gila kerana gol terakhir itu memateri kemenangan Barcelona dan seterusnya memberikan mereka tempat di perlawanan suku akhir UEFA Champions League.

Dalam video itu, Lineker, Gerrard dan Ferdinand nyata terlalu gembira dengan gol tersebut. Manakala bagi Owen pula, beliau adalah manusi paling gembira antara mereka berempat.

Hal ini kerana, beliau berlari di sekeliling meja meraikan gol itu semalam.

Namun tindakan Owen dikecam kerana melakukan tindakan tersebut oleh para peminat bola sepak, terutamanya peminat Real Madrid.

Ada yang berkata, “Micheal Owen dahulu disanjung di Santiago Bernabeu, kini beliau meraikan gol pasukan Barcelona.”

Anda boleh lihat video di bawah untuk menyaksikan situasi melibatkan 4 bekas pemain bola sepak itu.

Adakah kini beliau sudah lupa yang beliau pernah bermain untuk musuh tradisi Barcelona itu?

Baca juga: Formasi 5-4-1, Taktikal Lebih Untuk Mengelak Daripada Kalah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN