Michal Nguyen Akui Sistem Latihan Kelab Liga Malaysia Lebih Baik Daripada Kelab Vietnam

Setelah beraksi selama 4 tahun bersama kelab Liga divisyen 1 Vietnam, Becamex Binh Duong, pemain import slot asean pasukan Selangor, Michal Nguyen dapat merasai perbezaan yang amat ketara dari segi sistem latihan sepanjang dua minggu berada di Malaysia.

Beliau mengakui sistem latihan yang diamalkan oleh pasukan Liga Malaysia menyamai pasukan Liga Thailand dan jauh lebih baik daripada apa yang diamalkan oleh kelab Liga Vietnam. Malah beliau gembira dapat menyarung jersi pasukan yang kaya dengan sejarah Liga Malaysia itu.

“Sistem latihan di sini amat profesional. Ia persis pasukan di Eropah.

“Sistem latihan di Vietnam agak berbeza memandangkan kami perlu tinggal di kem yang disediakan dan tidak dapat bergerak bebas.

“Sistem di sini pula sama seperti Liga Thailand di mana kami boleh pulang ke rumah jika tiada sesi latihan,” katanya seperti dipetik dalam Stadium Astro.

Michal Nguyen ketika beraksi dengan kelab Thailand, Air Force Central.

Pemain yang berusia 30 tahun itu pernah mewakili pasukan Liga Thailand, Air Force Central. Berdasarkan pengalamannya beraksi di sana, beliau mendedahkan mutu permainan pasukan Liga Malaysia tidak banyak berbeza dengan Liga Thailand.

Walaupun turut mendapat tawaran daripada pasukan Vietnam dan Thailand, Michal tetap mahu ke Malaysia cari angin baru dengan memilih Selangor. Sepanjang berada di sini, beliau mengakui sangat selesa dan telah banyak memperoleh pengalaman baru.

Selain berkelana di luar negara, beliau juga tidak terpilih mewakili pasukan kebangsaan Vietnam ketika dalam saingan Piala Suzuki AFF bulan lepas dan hanya mempunyai 2 penampilan bersama pasukan negaranya termasuk ketika beraksi dalam saingan kelayakan Piala Dunia tahun lepas.

Selain Michal, Selangor ketika ini mengekalkan penjaring terbanyak Liga Super musim lalu, Rufino Segovia dan menandatangani bekas pemain import FELCRA FC, Enrick Dos Santos. Mereka turut membawa masuk bekas pemain Queen Park Rangers, Antonio German.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN